Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 17 April 2023

Ayesha ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Mengatur impian untuk bahagia, itu impian setiap yang berkasih. Melakar yang indahindah, sentiasa dalam impian. Namun kerana satu kesilapan, mereka terpisah dan membawa diri. 
“Kau nak apa lagi, Ashish? Antara kita dah tamat!” - Ayesha
 “Senangnya Sha buat keputusan. Macam mana dengan Ash?” - Ashish 

Mereka bertemu semula dalam situasi tak terjangka. Maka bermulalah misi si duda. Tapi Ashish tersilap. Ayesha yang baru bukan lagi Ayesha yang dulu. 

“Kau buat apa di sini?” - Ayesha 
“Kasar sangat tu, sayang. Tak sesuai dengan Ayesha.” - Ashish 

Namun antara mereka ada tembok yang menghalang. Masih ada dua hati yang mengikat. Masih ada simpulan yang belum terlerai. 

“I nak teruskan perkahwinan ni, Ayesha. I nak kita cuba lagi.” - Akid 
“Jadilah isteri saya kembali, Ayesha.” - Ashish 
“Sebelum kita pergi lebih jauh, kita hentikan semua ni.” - Ayesha 

Tiga hati yang jelas dan satu hati yang tersimpan. Shuhada! 

“Kenapa abah minta Abang Ash berkahwin dengan Shu?” - Shuhada 
Bukan mudah meleraikan yang tersimpul. Apatah lagi di saat cemburu mula mencuit hati, ada yang cuba mengambil kesempatan. Malah hingga melibatkan nyawa. Apakah masih ada ruang buat mereka berempat? Ashish yang setia. Akid yang fana. Shuhada yang tersepit. Ayesha yang memikul beban. Cinta siapa yang berjaya bersatu?