Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam. Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam.
Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:
“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga… .”
“Allah murka kepadaku… . ”
“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”
Haimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir nberkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan Dia sahaja yang tahu.
Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah.
Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah reda kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.