Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 10 November 2022

Putera Impian Mr. Swindler ~ Emmiyya

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Vie Alea punyai impian dan ciri-ciri tertentu untuk siapa yang mahu menjadi pasangannya. Sehinggalah dia bertemu dengan Zill Syakeeb yang menepati cita rasanya itu. 

“You selamatkan I dua kali hari ni.” - Alea 
“Selamatkan you berkali-kali pun I sudi, Alea.” - Zill 

Dalam hebat dilamun cinta, seorang pemuja rahsia dari zaman belajar dahulu kembali muncul dalam hidup Alea. Bezanya dahulu dia hanya seorang lelaki biasa. Tapi sekarang bagaikan putera impian dara. Cuma persamaannya, perasaan si pemuja masih sama dan dia sentiasa menjadi penyelamat Alea di kala susah. 

“Ya, ni akulah... Aiden. Takkan kau tak kenal aku lagi, Vie?” - Aiden 
“Lainnya.” - Alea 
“Maksud kau... aku dah kurus? Gemuk sangat ke aku dulu, Vie?” - Aiden 

Sekali lagi Aiden terpaksa melupakan cintanya apabila si gadis pujaan sudah dilamar putera impiannya. Sehinggalah berlaku kejadian di mana Aiden kembali menjadi penyelamat Alea. Dalam keadaan terdesak, perkahwinan menjadi jalan penyelesaian. 

“Please... marry me, Aiden.” - Alea
 “I’m right here for you.” - Aiden 
Apa kejadian yang membuatkan Alea berubah fikiran? Antara cinta Zill dan keikhlasan Aiden, kedua-duanya ada halangan yang tidak dapat dileraikan. Lelaki ibarat putera impian dengan jelmaan kesateria, yang manakah bakal mengetuk hati Alea?