Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 24 July 2015

Gincu Merah Jambu ~ Aima Chan

Takdir mempertemukan Laila dengan Tengku Faizal. Sebenarnya, Tengku Faizal telah lama jatuh cinta dengan Laila. Sejak pertama kali dia melihat comot gincu merah jambu di bibir Laila sewaktu mereka mula-mula berjumpa.

“Saya betul-betul nak kahwin dengan awak, Laila. Saya tak paksa awak setuju dengan permintaan saya ni sebab saya tahu, semuanya berlaku secara mendadak. Tapi saya betul-betul ikhlas.”

Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk dilamar oleh pemuda itu. Sangkanya, apa yang pemuda itu katakan tadi hanyalah satu helah untuk menyelamatkan dirinya ketika itu. Sesungguhnya Laila belum bersedia ke arah yang lebih serius. Lagipun dia langsung tiada perasaan terhadap pemuda itu.

“Isyyy... apa awak ni?”
“Merajuk ya? Saja nak kenakan awak. Nak tengok muka merajuk awak yang comel dengan hidung merah tu.”

Saat Adra baru ingin mengecapi kebahagiaan, kenangan lama muncul kembali dalam hidupnya. Dua tahun Adra berusaha melupakan kisah percintaannya bersama Syed Amran. Kisah percintaan yang sangat menyakitkan bagi Adra.
Semenjak kehadiran semula Syed Amran, Tengku Faizal yakin, tiada ruang dalam hati Laila buatnya, walaupun pelbagai cara yang telah dilakukannya bagi menambat hati wanita yang amat disayanginya itu.

Namun sebenarnya, Laila sendiri tidak dapat menipu hati dan perasaannya. Dia ingin jujur kepada kedua-duanya termasuklah jujur dengan dirinya sendiri. Dia tidak mahu memberi harapan palsu kepada sesiapa pun. Siapakah yang berjaya menambat hati Adra Laila?

“Terima kasih sebab awak beri jawapan yang saya tunggu-tunggu selama ni. Saya tak akan paksa awak lagi sebab saya dah tahu perasaan awak yang sebenarnya.”
*****
(SEM) RM24.00 > RM21.10
(S/S) RM27.00 > RM23.80