Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 1 June 2015

Fajar Di Bukhara ~ Marini Mat Zain

“Humairah, saya tak nak awak salah sangka. Maaf cakap, awak tak sepatutnya percaya kemesraan kita petanda saya sukakan awak. Awak pun tak patut sukakan saya. Saya mintak tolong jangan jatuh hati dengan saya.”

Malu. Humairah rasa malu bila tak semena-mena Fahim meminta dia sebegitu. Humairah sedar siapa dirinya, meskipun kaya dan berharta, dia tidak layak berdampingan dengan lelaki muda seperti Fahim. Seharusnya Humairah sedar akan hal itu sebelum memulakan perkenalan. Kalau tak disebabkan Husna dan Jasmine yang mendedahkan rahsia hatinya itu, pasti Fahim takkan menghina sekaligus pergi daripada hidupnya. Mungkin ini takdir Humairah buat selama-lamanya, iaitu hidup sendirian tanpa kasih sayang daripada lelaki bernama suami.

“Saya tak akan berganjak. Saya akan sentiasa berada di sini dan menghantui hidup awak.”
“Saya tidak mampu merampas hak orang.”

Fahim sedar yang dia tak boleh hidup tanpa wanita itu. Meskipun dia memilih untuk menetapi syarat yang ditetapkan oleh emaknya, namun hatinya masih berada di sana. Masih ada sesuatu yang tertinggal di Bukhara. Mengingatkan dia, bak mengingatkan detik-detik bersama ketika melihat fajar menyingsing, memetik gitar sambil menyanyi dan kafe kegemaran yang menjadi saksi pertemuan. Masih ada peluangkah untuk Fahim kembali ke sana, menyedari tentang perasaan sebenarnya?

“Citra sedih. Citra tunggu sangat saat abang cakap abang cintakan Citra. Tapi Citra tak dapat cinta abang. Padahal Citra dah lama sayangkan abang... cintakan abang.”
“Abang minta maaf dengan Citra. Kalaulah abang boleh cakap benda yang sama. Tapi abang tak mampu.”

Akhirnya Citra tahu kebenaran yang selama ini sangat takut untuk diketahuinya. Mampukah Citra melepaskan suami yang dicintainya setelah mengetahui hakikat itu? Walaupun Citra yakin ada insan lain yang bertakhta dalam hati lelaki itu, namun Citra nekad untuk mempertahankan cintanya. Biarlah apa pun keputusan lelaki itu, Citra yakin suatu hari nanti pasti hati akan terbuka setelah melihat keikhlasannya. Namun… mampukah Citra meredakan permintaan suaminya yang satu itu?

“Impian saya hanya satu aje. Saya ingin menjadi isteri dan ibu. Sabda Rasulullah, isteri mana saja yang meninggal dalam keadaan suaminya reda kepadanya nescaya dia akan masuk syurga. Bantulah saya. Lengkapi hidup saya sebagai wanita. Saya impikan menjadi ibu dan mentaati awak sebagai suami.”
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00