“Walau apa pun, aku akan cuba pikat dia sehinggalah aku berputus asa.” - Zafira
Bagi Iqwan Hafiz, kehadiran Nur Zafira Sofea telah mengganggu
ketenteraman hidupnya. Gadis itu tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak ada rasa malu. Walaupun dimarah dan diherdik, gadis itu tetap mengganggu hidupnya.
“Terus-terang saya cakap, saya tak suka perangai adik Encik Aqil. Dahlah gedik, mengada-ngada dan merimaskan. Perempuan macam dia tu tak layak untuk saya.” - Iqwan
Tingkah laku Nur Zafira Sofea itu membuatkan Aqil Danish berasa risau dan khuatir. Adiknya jujur meluahkan perasaannya terhadap Iqwan Hafiz. Demi kebahagiaan Nur Zafira Sofea, ikatan pertunangan termeteri atas persetujuan Iqwan Hafiz.
“Along doakan Iqwan dapat terima cinta Fira. Along yakin, Iqwan akan jatuh cinta dengan Fira.” - Aqil
Namun, segala impian yang dibina musnah disebabkan kepercayaan. Kebenaran yang diketahui mendesak Nur Zafira Sofea untuk memutuskan pertunangan. Musibah yang berlaku turut membenihkan rasa benci di hati.
Iqwan Hafiz akur. Apa yang berlaku berpunca daripadanya. Segala kebencian dan kemarahan Nur Zafira Sofea diterima seikhlas hati. Sejak dia mengetahui isi hati Nur Zafira Sofea yang sebenar, dia bernekad untuk memikat hati gadis itu.
Berjayakah Iqwan Hafiz dalam usaha memikat hati Nur Zafira Sofea? Adakah Nur Zafira Sofea dapat menerimanya selepas apa yang berlaku? Kebenaran apa yang diketahui oleh gadis itu?
*****
(SEM) RM27.00 > RM23.80
(S/S) RM30.00 > RM26.40