Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Besq Pub. Show all posts
Showing posts with label Besq Pub. Show all posts

Wednesday, 4 December 2019

My Price Tag Girl ~ Akira Dorayaki

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kisah tiga jiwa mencari ‘bahagia’ dengan cara mereka sendiri. 

“Bagi saya, dengan hanya membeli-belah buatkan saya rasa lebih dihargai dan boleh hilangkan tekanan. Perkara ni dah jadi macam terapi dalam hidup saya.” – Caliana Areesa. 

Sifat shopaholic memang sudah sebati dalam diri Caliana. Baginya membeli-belah sejenis terapi minda yang mampu membahagiakan jiwa. Dalam tak sedar, penyakit ini telah membelit leher Caliana dengan bebanan hutang. Dia terpaksa melakukan banyak penipuan untuk menutup segala kesalahannya. 

“You know what, Caliana? Saya rasa shopping bukan memberikan kebahagiaan dan semangat pada awak. Sebenarnya jiwa awak ni kesunyian.” – Solihin Aslam 

Mengenali Solihin buatkan jantung Caliana rasa mahu meledak. Lelaki itu sering membuatkan hatinya berasa keliru dan tertanya-tanya. Caliana sungguh bimbang jika cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Begitu juga dengan Solihin, status duda beranak dua membuatkan dia terpaksa memendamkan perasaan. Fikirnya, gadis cantik seperti Caliana pasti mahukan lelaki bujang dan muda untuk dibuat suami. 

Your Wife ~ Una Caramella

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Airis Safiyya binti Daniel; takdir menentukan dia terpaksa menjadi 'isteri palsu' kepada seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang muncul tiba-tiba dan mengaku sebagai suaminya. Dia percaya ini semua ada kaitannya dengan tindakan si kakak kembar, si Airis Safinna! 

Dek kerana nilai 300K yang dituntut, Airis Safiyya terikat dengan lelaki itu. Airis Safinna binti Daniel; wanita yang mata duitan dan pentingkan diri sendiri.Dia melarikan diri daripada suaminya itu setelah berjaya mendapatkan apa yang dimahukannya: duit. Dia tidak pernah peduli jika tindakannya memberi tempias kepada Airis Safiyya, si kembar.Apa yang dirinya tahu, kemewahan dan kesenangan adalah syurga dunia. 

Zarith Yilmaz ibnu Farhain;Lelaki kacukan Turki-Melayu ini berjaya menjadikan Airis Safiyya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan atas tiap kesalahan Airis Safinna.Dirinya tahu bahawa Airis Safiyya bukan orang yang sama dengan Airis Safinna. Tetapi demi dendamnya, dia pedulikan saja semua itu. Gadis itu harus membayar segalanya! 

Thursday, 30 May 2019

Demi Dia... Aaira Dalili ~ Syina Hamdan

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

“Jom dating?”
Tiada jawapan.
“Nak tak?”
Diam.
“Aaira?”
“Oh, aku mamai rupa-rupanya.”
“What? Mamai?”

Berkawan dengan abang, tak semestinya dapat berkasih dengan adik. Begitulah nasib yang menimpa ASHRAF UMAR BIN ZAIDI bila hati sudah terpaut dengan adik Aariz, teman baiknya. Rupa paras elok nyata tak menjamin si gadis terpikat.

“Pasal kawan Abang Riz tu. Siapa eh namanya?”
“Kawan?”
“Alah.. yang Abang Riz sibuk nak kenenkan dengan orang itu.”
“Ashraf ke?”
“Hah, betullah tu.”
“Kenapa dengan Ashraf?”
“Orang tak naklah kenal dengan Ashraf tu. Abang Riz tak ada kawan lain ke? Yang bagi sedap mata memandang. Yang orang boleh terbuai-buai tengok wajah dia. Yang orang boleh termimpi-mimpi sampai tak nak bangun.”

Roket Kertas Untuk Iman ~ Fathi Fatim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Roket kertas umpama pengganti diri Thaqif. Simbolik hasrat dan isi hatinya terhadap Iman.
Indahnya cinta mereka, hanya tuan empunya hati yang rasa. Ibarat sebuah kisah dongeng namun penghujungnya belum tentu.
Ada sesuatu yang mereka pendam. Sesuatu yang tak terungkapkan.

Kemunculan Ehsan ibarat menyempurnakan teka-teki yang terbentang.

Thaqif yang penasaran belajar menerima kenyataan. Ternyata jodoh itu banyak caranya.
Lantas, suatu keputusan dia ambil agar tiada siapa yang terluka.

"Hei, bro. Janji dengan aku boleh?"

"Aku janji."
Iman terpana.
Sesungguhnya perpisahan itu mana pernah mudah. Sama ada yang melepaskan atau yang dilepaskan

Friday, 20 July 2018

Bakal Suami Tak Jadi ~ Eidawati

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Azhan Farid. Dialah hero yang lali dengan gelaran Bakal Suami Tak Jadi. Kecewa ditinggalkan bila tangan tok imam sudah digenggam saat hendak dinikahkan. Rasa sakit hati hadir sehingga terasa memakan diri.

Tengku Aina Aminah. Heroin mulut laser a.k.a terlebih emosi. Senang dipanggil Minah walaupun ada yang kurang percaya. Dia jadi saksi tunang sendiri curang sehingga tercabar maruah diri.

"Nama dia Aminah. Panggil Minah. Kenapa, tak boleh? Nama lain apa kau nak lagi? - Farid
"Aku jumpa mamat tu! Muka ni... Muka aku ni dia simbah air kopi!" - Minah

Pertemuan Farid & Minah menimbulkan 1001 cerita. Masing-masing memendam rasa hingga perasaan mengalah tidak endah. Sudahnya, Farid & Minah bakal ada cerita sendiri yang akan mereka tempuhi.

"Kau tahu ke rumah Pak Lan tu kat mana? - Farid
"Peduli apa aku? GPS ada." - Minah

My Stupid Cupid ~ Miss Elle

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

"Mulai hari ni, Patricia Eden akan jadi anak kita. Kita namakan dia Sonia Iris." - Puan Naimah

Mata kebiruan dan rambut keperangan membuatkan bayi berusia empat bulan itu sungguh comel dan menawan.

Tak sampai lima minit Shah dan Sonia bersua muka, Shah telah menepuk wajah Sonia sehingga ruang tamu mulai bergema dengan tangisan.

"Shah! Kenapa pukul adik macam tu?" - Encik Yusuf
"Shah tak suka adik baby." - Aiden Shah

Mulut kata tak suka, ucapan benci meniti sedia di bibir. Tapi hati berkata lain.

"Ehem! Dengar sini semua ya? Aku tak suka sesiapa buli girlfriend aku. Mulai hari ini, aku nak beritahu korang, Sonia ni awek aku. Kalau ada sesiapa yang kirim surat bodoh tu lagi atau kacau dia, siap korang!" - Aiden Shah

Sunday, 15 July 2018

Bos Aku Kerek ~ The Awesome Five

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

"Siapa suruh awak duduk?"
"Eh, betu ke apa yang saya dengar ni?"
"Saya serius. Siapa suruh awak duduk?"

Nur Syaza. Rutin hariannya bertukar seratus lapan puluh darjah apabila dia diterima bekerja sebagai setiausaha Ahmad Zhafir (sila baca: Mad Sapi). Dia bukanlah jenis yang senang untuk tidak suka pada seseorang. Tapi kalau Zhafir tu perangainya kerek-tahap-mintak-campak-lombong, memang sesuai sangatlah gelaran Mad Sapi tu.

"Mana tahu satu hari nanti abang jumpa perempuan yang ada magic spell ke..."
"Magic spell? Ingat ni cerita dongeng ke?"
"Eh, masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah!"
"Try me."

Ahmad Zhafir. Semua perempuan membosankan; kuat sangat merajuk, cerewet, suka membebel dan gedik. Sampai macam tu sekali tanggapan Zhafir pada perempuan sehinggalah dia dipertemukan dengan Nur Syaza, setiausahanya. Telatah gadis itu berjaya mengucar-ngacirkan jiwa dan raga Zhafir. Betul ke dia sudah jatuh suka pada Nur Syaza? Atau dia masih diselubungi memori masa silam?

Yasmeen ~ Wawa Taufik

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bila nampak gadis berkurung kain kapas itu, mata Eshan bagai payah nak dikawal. Hatinya lagilah. Berdebar lain macam. Bila suara lembut itu menyoal orang lain, dia yang perasan lebih.

“Abang dah makan ke?”
“Dah.”

Tiba-tiba gadis itu ketawa kecil. Eshan memandang hairan sebelum Mikail menepuk bahunya.

“Meen tanya aku, bro.”
Alamak! Tebalnya muka. “Oh...”

Bila balik rumah asyik terbayangkan wajah itu, terus si sahabat dicari.

“I wanna marry your baby sister.”
Mata Mikail membulat. Terkejut.
“Aku tak nak buang masa. Kalau kau setuju dan Uncle Borhan setuju, aku nak suruh mama masuk meminang Meen.”
“Woohoo! Takkan kut, Han? Tak cepat sangat ke?”
Tapi apa dia peduli cepat tak cepat? Janji ‘bunganya’ tidak disambar ‘kumbang’ lain.

Monday, 27 November 2017

Suraya... I Love You! ~ Kufaz

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Suraya sedang asyik mengecap nikmat cinta dengan kekasihnya, Zain. Namun, segalanya musnah apabila bekas kekasihnya iaitu Ishak muncul semula dalam hidupnya untuk menagih cinta lama. Oleh kerana tidak mahu terseksa seperti masa lalu, Suraya menolak rayuan Ishak untuk kembali.

Sedang berbahagia, tiba-tiba Zain diserang sihir sehingga mengorbankan nyawanya. Suraya amat sedih dengan kejadian yang menimpa. Dia telah kehilangan satu-satunya jejaka amat dicintainya.

Kejahatan yang menimpa Zain tidak terhenti di situ. Kini, Suraya pula diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib yang menyeksakan jiwanya. Dan dia memang tidak syak sesiapa melainkan Ishak.

Suraya nekad untuk berdepan dengan Ishak tetapi dihalang oleh rakan baiknya, Mona. Suraya kemudiannya membawa diri ke rumah Puan Hawa iaitu ibu kepada Zain yang mengenali seorang pengamal perubatan tradisional bernama Lukman.

Bersama-sama Puan Hawa, Mona dan Lukman, Suraya mencari jalan untuk menghentikan segala kejahatan itu sebelum berlarutan. Namun, perjalanan mereka tidak mudah. Pelbagai misteri dan kejadian aneh terpaksa ditempuhi. Misteri-misteri yang tidak dapat dijawab. Yang pasti nyawa yang tidak berdosa akan melayang. Dapatkah Suraya menghentikan ilmu hitam itu? Atau apakah kejahatan itu sendiri akan mengorbankan jiwa si pembuat onar?

Love You Abang Surau ~ Aeyfa Nasri

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bercinta melalui surat? Memang satu kerja gila bagi Zafira dengan Abang Surau. Meski tidak pernah bertemu mata, hati sepakat mengatakan rindu dan sayang. Namun, rasa itu tidak terungkap.

“Let’s make a promise!”- Abang Surau

Sayang… janji tinggal janji. Segalanya berubah tatkala Abang Surau tidak memunculkan diri. Mulai detik itu, hati cuba ditutup namun dihalang oleh Afiq.

“Hati ni kalau boleh jangan dikunci terus. Abang yakin pasti ada keajaiban suatu hari nanti.”- Afiq

Selama lima tahun dia menjalani kehidupan seperti biasa. Kisah Abang Surau cuba dilupakan. Perkenalan dengan Thaqif membawa keceriaan dalam hidupnya hinggalah dia ditakdirkan menjadi seorang guru peribadi. Tekanan darah yang normal boleh mencanak naik.
Semuanya disebabkan Faheem dan si kecil itu.

“Apa maksud encik dengan jadual ni? Saya tak faham. Kerja saya cuma cikgu. C.I.K.G.U. Cikgu. Tapi ini kerja…”-Zafira
“Tak dispesifikasikan itu kerja siapa. Cik Fira ni… perempuan kan?” - Faheem

Friday, 25 August 2017

Kembar Songsang ~ Ummu Hanan

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50


Permata ~ Nur Izzah Hani

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Daripada filem aksi romantik ala islamik, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka yang mempunyai pelbagai karenah tersendiri.

Ahmad Furqan; yang mempunyai emosi komplek
Aqil dan Aqilah; kembar yang double trouble yang paling adorable!

Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik?
Terdayakah Irfan melaksanakan tugasan sebagai papa dengan sempurna?

Monday, 19 June 2017

Mencintai Satu Nama ~ Rose Aleyna

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Tujuan Dahlia masuk ke syarikat milik keluarga Zafiy adalah untuk melunaskan dendam kepada seseorang yang telah menyebabkan kakaknya lumpuh.

Lain pula yang terjadi apabila Dahlia kerap kali bertemu muka dengan Najman. Mengenali lelaki itu membuatkan hati Dahlia terusik. Najman, di dalam marahnya, ada sayangnya. Dia bukanlah seorang yang mementingkan pangkat, kedudukan, ataupun harta. Dia sudi menerima Dahlia seadanya.

“Seumur hidup, saya cuma akan mencintai satu nama. Hanya Nur Dahlia.” ~ Najman

“Lupakan dendam yang pernah wujud dan maafkan segala kesilapan mereka. Itu saja cara untuk melepaskan perasaan sakit di dalam hati. Supaya suatu hari nanti tidak ada hati yang akan terluka lagi.” ~ Jasmin

Cinta Najman dan nasihat Kak Jasmin memadamkan api dendam Dahlia.

Namun, ketika dia mula meletakkan cinta Najman di dalam hatinya, keluarganya pula dihancurkan oleh orang yang menyebabkan Kak Jasmin lumpuh. Malah, Dahlia juga hampir-hampir dibunuh oleh tangan yang sama.

Tuesday, 13 June 2017

Dimensi ~ Ida Anuar

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Dia wanita yang udah terlajak usia meniti hari sepi tanpa cinta di hati. Cinta itu bukan keperluan, tanpa lelaki dia masih gah berdiri. Hidup walaupun hanya black and white, dia tetap gembira.

Benarkah ada dimensi lain di sudut dunia? Dia tak percaya tapi bila dia sendiri tercampak ke sana, dia mula sedar. Rupanya hidup ini beraneka coraknya dan dia terpaksa lalui sama ada dia suka ataupun tidak.

Di dunia berdimensi itu juga dia temui cinta sejati yang membuai jiwa. Maka jadilah dia puteri di dalam dongengan cinta seorang lelaki... I.K.

"Cinta kita bersatu di sini, di dunia sana mungkin engkaulah jodoh terakhirku."
Tetapi...
Benarkah cinta sejadi itu wujud?
Atau...
Sekadar mimpi yang hanya penyedap tidur?

Monday, 17 April 2017

Adi Fara ~ Ezi Afiza

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

"Selamat pagi, Fara," teguran Fadli membuatkan Fara yang sedang menyimpan topi keledarnya berpaling. 
"Woi Pali. Kau lagi lambat dari aku pagi ni. Nampaknya aku dah menang," Fara tersengih-sengih. Setiap hari mereka berdualah jaguh datang lambat ke tempat kerja. 
"Malam tadi aku tengok bolalah," Fadli memberikan alasan yang sememangnya boleh diterima pakai. 

Malam tadi pun, abang sulung Fara layan bola sampai ke pagi. Siap boleh minta dia temankan. Nasib baik dia tak turut serta. Kalau tak, pasti punch kad dia merah lagi agaknya. Fara terus melangkah ke ruang kerja. Saat dia melangkah ke depan, pandangannya tertembung dengan pandangan Adif. Seketika suasana bisu tercipta antara keduanya. Fara terkedu seketika. Isy Fara! Kenapa aku tak boleh nak berlagak macam biasa ni? Kenapa perlu menjadi orang lain saat berdepan dengan mamat seorang ni?

 "Selamat pagi," sapa Fara ceria. 
Cuba bersikap biasa. Senyuman segera diukir walaupun nampak plastik saja. Adif diam tidak menjawab. Senyum pun tidak membuatkan Fara rasa seperti tidak berbaloi bersikap baik dengan pemuda itu. Apa masalah mamat ni agaknya?

Oh My Hati ~ Wannie Nordin

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Come on Wanda... siapa yang tak minat dekat Tasha? Dulu pun kau cakap kalau kau lelaki, kau sendiri akan suka dekat dia, kan? Jadi, janganlah nak rasa sedih atau kecewa. Kau dengan Hafeez langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan. Setakat dia pernah belanja makan di kafe senyap-senyap, pernah kenyit mata dekat kau, itupun dah nak perasan ke? 

Mungkin Hafeez sengaja nak mengusik dan menyakat saja. Takkanlah mengharap sebenarnya kad ini ditujukan untuk kau pula? Kalau untuk kau, mesti dia hantar kad mintak hutang, bukan kad luahkan perasaan minat. Lagipun kau tak dengar apa Rania cakap tadi, mesti Hafeez tu tahu yang buku ni kepunyaan Tasha. Mesti Hafeez dah tanya Lida dan tak main hentam selit kad tanpa mengetahui siapa yang empunya buku. Wanda, Wanda... Tolonglah jangan perasan! Dan tolong jangan nak bandingkan diri tu dengan Tasha, okey? Terima hakikat. Natasha memang ramai peminat dan tentu-tentunya salah-seorang daripada peminatnya ialah Zulhafeez. Tapi... tapi... tetap rasa macam nak menangis... uwaaaaaa!

Tuesday, 28 March 2017

Bukan Putera Biasa ~ Fathi Fatim

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

“Sejak bila aku terlepas pandang mengenai sikapmu? Mana mungkin aku gagal memahami engkau. Tidak pernah sedetik pun dalam hidup aku tiada mengambil tahu tentang perihalmu wahai sahabat.

“Tetapi aku berdiam diri untuk memberi ruang kepadamu. Aku mahu engkau bertenang dan mungkin juga berusaha mencari jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di fikiranmu,” jelas Arjuna.

Luth kembali mengukir senyuman. Mendengar setiap jawapan dan kata-kata dari Arjuna seringkali mengesankan dan membuatkan dirinya berfikir panjang. Sahabatnya memang seorang anak muda yang bijak. Dia amat bertuah kerana Arjuna mahu setia di sisinya sebagai penjaga. Kasih sayang mereka terlalu teguh.

Meski dilahirkan sebagai seorang putera, Luth tidak pernah merasakan dirinya lebih besar daripada Arjuna. Dia sedaya upaya menyingkirkan perbezaan darjat antara mereka tetapi Arjuna menegaskan, seutuh mana pun persahabatan mereka tetap tidak dapat menghakis kenyataan bahawa dia seorang putera dan Arjuna adalah rakyat biasa.

“Memang bernas buah fikiranmu. Nampaknya sebab itulah aku terlalu sayangkan engkau dan persahabatan kita. Sungguh kalau masa mampu diputar kembali, aku mahu mohon kepada Allah agar dilahirkan dari perut seorang wanita rakyat biasa. Bukan wanita yang berdarjat tinggi seperti ibu,”
“Luth…”
“Dengar dahulu apa yang mahu aku katakan,” sambung Luth.

Friday, 24 February 2017

Cinta Roller Coaster ~ Ery Aieril

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Bila dah kata cinta, cinta sampai bila-bila.
Bila dah kata sayang, sayang sampai bila-bila.

Itulah prinsip hidup Faizul. Memang gila! Tak pernah berjumpa, berbual hanya di alam maya, sudah mengajak Zahrah Imani berkahwin. Walaupun tak pernah berjumpa, dia yakin wanita itu jodohnya.

"Kita berdua kawan je."
"Memang kita kawan tapi saya nak berkahwin dengan awak."
"Why me? Kenapa bukan perempuan lain?"
"Saya yakin awak adalah jodoh saya."
"Ridiculous!"

Namun bila dah namanya jodoh, nak elak macam mana pun tak mampu. Zahrah akur. Hari ketiga Zahrah dan Faizul bergelar suami isteri, merubah segala-galanya. Zahrah pelik bila Faizul bersikap dingin.

"Apa lagi yang saya nak buktikan kat awak..."
"Buktikan apa?"
"Saya sayang awak dan ikhlas terima awak sebagai suami saya."
"Itu sayang dan bukannya cinta."

Tuesday, 20 December 2016

Couple 3 Suku ~ Sharina Elisa

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Suraya Insyirah bukanlah gadis perfect idaman jejaka Malaysia tapi perangai tiga sukunya dah menambat hati mamat putus fius tercabut wayar.

Luaran memang dialah manusia paling ceria sebab ada je masalah menimpa, dia berlagak tak ada apa-apa. Biarkanlah berlalu begitu sahaja padahal jalan yang dilalui masih belum habis bercerita.

Aril Izwan dah kemaruk sakan nak kahwin. Sampai habis diheboh semua orang, Suraya bakal miliknya seorang. Kononnya, mereka sudah bertunang.

Nak dijadikan cerita. Suraya terima aje lamaran Aril. Dalam tempoh 100 hari mereka bertunang. Bintang-bintang kecil menjadi saksi bilangan. Aril ni akal tak adalah panjang mana walau pegang jawatan besar dalam syarikat papanya. Boleh pula apabila digoda subuh-subuh buta, dia nak menyamar laki bini pula dengan Suraya. Raba perut Suraya sampai gadis itu mengamuk sakan. Kononnya, ada baby mereka di dalam.

Aril ni memang dah gila agaknya? Suraya pula masam mencuka. Difikirkan kembali lamaran menjadi isteri Aril. Hah, baru padan muka! Muka aje hensem tapi otak tak boleh jalan.

Thursday, 8 December 2016

Minyak Dagu ~ Ida Anuar

Cintanya cinta mati, hatinya untuk si jelita,
Tapi dia ditolak, tanpa simpati.
Menyeru raga si minyak neraka, menyerah jiwa menjadi hamba,
Asalkan dapat yang dihajati,
Dosa tidak diendahkan lagi,
Maka bersoraklah syaitan ikut menari.
***
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50