Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday, 15 July 2018

Yasmeen ~ Wawa Taufik

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bila nampak gadis berkurung kain kapas itu, mata Eshan bagai payah nak dikawal. Hatinya lagilah. Berdebar lain macam. Bila suara lembut itu menyoal orang lain, dia yang perasan lebih.

“Abang dah makan ke?”
“Dah.”

Tiba-tiba gadis itu ketawa kecil. Eshan memandang hairan sebelum Mikail menepuk bahunya.

“Meen tanya aku, bro.”
Alamak! Tebalnya muka. “Oh...”

Bila balik rumah asyik terbayangkan wajah itu, terus si sahabat dicari.

“I wanna marry your baby sister.”
Mata Mikail membulat. Terkejut.
“Aku tak nak buang masa. Kalau kau setuju dan Uncle Borhan setuju, aku nak suruh mama masuk meminang Meen.”
“Woohoo! Takkan kut, Han? Tak cepat sangat ke?”
Tapi apa dia peduli cepat tak cepat? Janji ‘bunganya’ tidak disambar ‘kumbang’ lain.

Bila dah setuju dan selesai semuanya di mana Abeer Yasmeen sudah ‘diikat’, lain pula jadinya. Sebab hal ‘itu’, bunganya lari darinya. Tapi kalau sudah namanya Eshan Idraki, ingat dia nak biar begitu sahaja? Ini dialah... si peminat dan pencinta wanita. Sekali sudah di dalam genggaman, jangan harap dia nak lepaskan.

“What are you doing here?”
“You rasa?”
“I don’t know...”
“Serius, Meen? Serius you tak tahu?”
“12 hari...”

Kata-kata itu langsung tidak dia biar Yasmeen habiskan, terus sahaja dia mencelah. “I want my Yasmeen back.” Tegas.