Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 4 December 2019

Your Wife ~ Una Caramella

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Airis Safiyya binti Daniel; takdir menentukan dia terpaksa menjadi 'isteri palsu' kepada seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang muncul tiba-tiba dan mengaku sebagai suaminya. Dia percaya ini semua ada kaitannya dengan tindakan si kakak kembar, si Airis Safinna! 

Dek kerana nilai 300K yang dituntut, Airis Safiyya terikat dengan lelaki itu. Airis Safinna binti Daniel; wanita yang mata duitan dan pentingkan diri sendiri.Dia melarikan diri daripada suaminya itu setelah berjaya mendapatkan apa yang dimahukannya: duit. Dia tidak pernah peduli jika tindakannya memberi tempias kepada Airis Safiyya, si kembar.Apa yang dirinya tahu, kemewahan dan kesenangan adalah syurga dunia. 

Zarith Yilmaz ibnu Farhain;Lelaki kacukan Turki-Melayu ini berjaya menjadikan Airis Safiyya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan atas tiap kesalahan Airis Safinna.Dirinya tahu bahawa Airis Safiyya bukan orang yang sama dengan Airis Safinna. Tetapi demi dendamnya, dia pedulikan saja semua itu. Gadis itu harus membayar segalanya! 

Fizikal mereka sungguh seiras sehingga ada antaranya yang tertipu dengan apa yang dilakonkan Airis Safiyya, mahu pun Airis Safinna.Namun, perbezaan mereka masih ada dan hanya sebilangan yang mengetahui bagaimana cara membezakan mereka. Belum pun cukup setahun berlalu, Airis Safinna kini muncul dan juga merancang untuk mengganggu Zarith Yilmaz, serta mahu menjatuhkan kejayaan lelaki itu. 

Berjayakah dendamnya? Apakah pula kesudahan hubungan di antara Zarith Yilmaz dan Airis Safiyya? Terjalinkah cinta di antara mereka ketika mereka berlakon menjadi sebagai suami dan isteri ketika itu?