ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 4 December 2019

My Price Tag Girl ~ Akira Dorayaki

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kisah tiga jiwa mencari ‘bahagia’ dengan cara mereka sendiri. 

“Bagi saya, dengan hanya membeli-belah buatkan saya rasa lebih dihargai dan boleh hilangkan tekanan. Perkara ni dah jadi macam terapi dalam hidup saya.” – Caliana Areesa. 

Sifat shopaholic memang sudah sebati dalam diri Caliana. Baginya membeli-belah sejenis terapi minda yang mampu membahagiakan jiwa. Dalam tak sedar, penyakit ini telah membelit leher Caliana dengan bebanan hutang. Dia terpaksa melakukan banyak penipuan untuk menutup segala kesalahannya. 

“You know what, Caliana? Saya rasa shopping bukan memberikan kebahagiaan dan semangat pada awak. Sebenarnya jiwa awak ni kesunyian.” – Solihin Aslam 

Mengenali Solihin buatkan jantung Caliana rasa mahu meledak. Lelaki itu sering membuatkan hatinya berasa keliru dan tertanya-tanya. Caliana sungguh bimbang jika cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Begitu juga dengan Solihin, status duda beranak dua membuatkan dia terpaksa memendamkan perasaan. Fikirnya, gadis cantik seperti Caliana pasti mahukan lelaki bujang dan muda untuk dibuat suami. 

Lain pula cerita Hanis. Selepas diceraikan Solihin, hidupnya tak secerah mentari. Bahagia yang diidam tidak seperti yang disangkakan. Penuh onak dan duri. Namun, egonya tetap setinggi langit! 

“Kau dah buang aku, Solihin Aslam! Aku bersumpah, mati hidup balik pun aku takkan datang melutut minta tolong dengan kau! Aku akan buktikan, wahai bekas suamiku. Aku pun boleh bina hidup yang lebih bahagia dan mewah daripada kau!” – Hanis. 

Setelah segala penipuan Caliana terhadap Solihin terbongkar, bisakah rasa itu dipertahankan? Berjayakah Hanis mencapai cita-citanya untuk hidup mewah? Apakah bahagia itu benar-benar takdir atau pilihan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...