Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 27 November 2017

Love You Abang Surau ~ Aeyfa Nasri

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bercinta melalui surat? Memang satu kerja gila bagi Zafira dengan Abang Surau. Meski tidak pernah bertemu mata, hati sepakat mengatakan rindu dan sayang. Namun, rasa itu tidak terungkap.

“Let’s make a promise!”- Abang Surau

Sayang… janji tinggal janji. Segalanya berubah tatkala Abang Surau tidak memunculkan diri. Mulai detik itu, hati cuba ditutup namun dihalang oleh Afiq.

“Hati ni kalau boleh jangan dikunci terus. Abang yakin pasti ada keajaiban suatu hari nanti.”- Afiq

Selama lima tahun dia menjalani kehidupan seperti biasa. Kisah Abang Surau cuba dilupakan. Perkenalan dengan Thaqif membawa keceriaan dalam hidupnya hinggalah dia ditakdirkan menjadi seorang guru peribadi. Tekanan darah yang normal boleh mencanak naik.
Semuanya disebabkan Faheem dan si kecil itu.

“Apa maksud encik dengan jadual ni? Saya tak faham. Kerja saya cuma cikgu. C.I.K.G.U. Cikgu. Tapi ini kerja…”-Zafira
“Tak dispesifikasikan itu kerja siapa. Cik Fira ni… perempuan kan?” - Faheem

Bekerja dengan Faheem bukan sahaja perlu berhadapan dengan majikan kerek, tetapi juga dengan Ellysa. Perangai saling tak tumpah! Saat rahsia Abang Surau terbongkar, Zafira diuji dengan kes penculikan Ellysa. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Yang diangankan tak tercapai, yang berlaku pula sebaliknya.

Penat bermain perasaan, dia membawa diri. Namun, dikejarkah dia? Atau dibiarkan begitu saja? Akan wujudkah kebahagiaan dengan Abang Surau? Atau terkubur tanpa sempat disemai kasih?