“Boleh aje kalau nak jadi bini saya. Saya kosong lagi.”
Huru hara hidup Kila disebabkan seorang lelaki bernama Haliman. Lebih sadis lagi bila Haliman itu merupakan jiran sebelah rumahnya a.k.a duda hot yang dikatakan Mega teman serumahnya. Wujud pula Adam dan Hawa yang menambahkan perencah dalam sengketa antara mereka. Tapi itulah… Orang kata jangan terlalu membenci takut nanti hati terikat mati. Sekelip mata duda poyo berubah menjadi romeo.
Kila tak ketemui ruang nak menyorok dari Haliman. Lagi mengelak lagi Haliman mendekat. Bila aura cinta Haliman mula mengelilingi Kila... Muncul Tiara ibu kandung Adam dan Hawa yang mahu bersama dengan Haliman semula. Muncul pula Tengku Mikael dan Tengku Mila yang semakin merumitkan kisah cinta antara Kila dan Haliman.
Tapi… Tak mudah Haliman mengalah. Sekali dia kata suka memang dia akan pastikan terikat mati dengannya. Kelakar… Romantik… Sedih… Semuanya cukup rencah untuk menjadikan Hate Me Not ini naskah yang patut anda miliki.