“Sebelum ini pengunjung ke Pulau Merindu bukan hanya
mengharapkan Pak Abu seorang. Boleh dikatakan ada beberapa orang yang bertugas membawa pelancong ke sana dengan bot yang disediakan oleh pihak hotel. Selepas kes kehilangan tujuh pelajar perempuan itu, keadaan di sini semakin lama semakin pelik. Ramai yang mendaftar masuk hari ini, tidak sampai setengah hari sudah mendaftar keluar. Pening juga kepala kami disini apabila perniagaan Encik Ecbal jatuh merundum teruk. Kemudian, beberapa tahun selepas itu,ada sebuah tempat peranginan dibuka berdekatan bandar. Tempatnya itu juga menyediakan pengangkutan ke Pulau Merindu.Tapi mereka bukan naik bot macam di sini, bot mereka lebih besar. Di situ pun ramai orang datang untuk bercuti.” Suhana berhenti bercerita.

Mereka berempat mendengar penuh minat. Maya sudah menongkat dagu memandang mereka Dania dan Suhana.
“Ada juga suara-suara sumbang yang cakap, tempat kami bekerja ni keras. Penjaga Pulau Merindu tu tak suka dengan Encik Ecbal yang membuka hotel di sini. Sampailah ramai kawan-kawan kami berhenti dan berpindah tempat kerja. Mereka pergi bekerja di pusat peranginan di bandar tu.
Sekarang tinggallah kami berdua, pekerja lama di sini. Semua yang akak nampak tu, semua pekerja baharu. Itu pun tak tahulah sampai bila mampu bertahan...” Di hujung kata, Dania mengeluh berat.