“Aku roommate kau. Nama aku Laila.”
Bella, seorang gadis yang skema, sering digelar loser dan dipulaukan oleh kebanyakan pelajar di Universiti Clareford East. Namun, segalanya berubah apabila Laila, rakan sebilik baru Bella muncul. Mereka berdua mula menjadi teman rapat.
Seiring itu, berlaku satu demi satu kematian mengejutkan di fakulti mereka.
“Aku rasa fishy tentang kes ni.”
Detektif Linda mengesyaki bahawa kes kematian itu adalah kes pembunuhan dan dalangnya adalah pelajar daripada Universiti Clareford East sendiri.
“Semua pelajar diminta berhati-hati. Tidak dibenarkan berjalan bersendirian dan pastikan berteman jika ingin ke mana-mana.”
Bella merasakan ada yang tidak kena dengan Laila. Dia mula mencurigai teman sebiliknya sendiri apabila Laila mula berbohong kepadanya. Rupanya, Laila bukan teman sebilik yang sepatutnya mendaftar masuk dengan Bella dan Laila juga bukan pelajar di Universiti Clareford East.