Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 15 October 2021

Berteduh Untuk Ketenangan Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Buku ini hadir untuk memberikan pesan-pesan buat sebuah hati, sebagai bekalan menuju ketenangan yang abadi. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyedarkan kita akan hakikat masalah dan cabaran kehidupan ini yang tidak akan luput.

Atas sebab itu, kita perlu menyediakan hati yang kuat untuk menghadapinya.

***
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati melambai-lambai menarik kita agar menumpang teduh daripada hujan, petir dan guruh kehidupan yang menakutkan.

Apabila baju yang basah kuyup mula mengering, gerimis mulai berhenti lalu langit menyepi, kita terus Berteduh Kerana Kekosongan Hati dengan kefahaman dan ilmu tentang diri sendiri, serta hakikat kehambaan.

Akhir sekali, hadirnya Berteduh Untuk Ketenangan Hati seakan-akan sentuhan akhir sebelum kita keluar menghadapi kehidupan.

Sampai masanya, kita bertemu lagi dengan hujan, petir dan guruh. Bezanya, kali ini kita lebih memahami resam hati lantas tidak gentar untuk mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Semuanya demi ketenangan abadi, di sana nanti.
Selamat berteduh!