“Untuk apa bersapa lagi? Tak ada perlunya.” Asla membuang pandangan ke arah lain walaupun dia sedar lelaki dihadapannya masih memandang dia.
“Asla! Tak sangka awak boleh berubah. Awak sanggup abaikan saya macam tu saja. Mustahil awak tak perasankan saya. Awak memang sengaja melarikan diri dari saya.” Lelaki itu jelas tidak puas hati dengan Asla.
Kali ini, Asla memberanikan diri membalas pandangan lelaki yang berdiri tegak di hadapannya. Seolah-olah dia yang bersalah pula. Memang begitukah lelaki? Sentiasa tak mahu mengaku salah sendiri.
“Terima kasih kepada awak. Terima kasih kerana menyedarkan saya daripada mimpi-mimpi yang indah. Terima kasih juga sebab awak buat perkara yang betul. Meminta saya meninggalkan awak… itulah keputusan yang paling tepat.” Ujar Asla geram.
“Asla…”
“Terima kasih kerana meletakkan saya dalam situasi sekarang. Saya harap awak tak lupa janji awak untuk terus mendoakan saya bahagia.” Sindir Asla. “Bahagia walau dengan siapapun saya berkahwin.


