Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 14 December 2021

Laura Adam ~ Nur Haura

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Adam, lelaki tanpa wajah yang selalu muncul dalam mimpi Laura. Selalu mengucapkan kata-kata indah. Adakah Adam hanya mainan tidurnya atau secebis memori yang sesat?

“Smile, Nur.” - Adam
“Kenapa?” - Laura
“Senyum seperti awak lihat saya depan mata awak.” - Adam

Laura cuba bayangkan wajah Adam yang sebenar, tetapi tidak terlakar dalam fikirannya. Mungkin Adam hanyalah khayalannya semata-mata.
Leo pula jejaka yang sering muncul saat Laura perlukan pertolongan. Laura memilih untuk berpegang pada realiti daripada bergantung pada mimpi. Namun, dia curiga dengan sikap Leo yang terlalu mengambil berat tentang dirinya.
Mungkinkah ada sejarah antara dia dan Leo?

“Apa yang awak akan beritahu saya bila saat tu tiba?” - Laura
“Semuanya... Tentang abang, tentang Nur dan tentang kita.” - Leo

Satu rahsia yang disimpan oleh papanya terbongkar, membuatkan Laura lelah mencari kebenaran. Leo pula pergi meninggalkannya dalam keadaan terkontang-kanting, sedangkan Laura memerlukan tempat bergantung.

“Kalau diberikan peluang, abang mahu mengundurkan masa dan hentikan saat pertama kali jumpa Nur.” - Leo
“Kenapa pilih nak undurkan masa? Kenapa tak nak teruskan masa yang sekarang? Nampak sangat awak menyesal kenal saya.” - Laura

Tiga tahun Laura menunggu Leo muncul kembali, tetapi lelaki itu mendiamkan diri. Payah sangatkah untuk Leo beritahu perkara yang sebenar?