"Ya. Aku cucu tunggal Aminuddin Chik." - Qamar Andika
Pengakuan daripada cef selebriti terkenal itu menyebabkan pertengkaran mula terjadi. Andika ingin melenyapkan masa lalunya dengan menjual restoran milik datuknya itu.
Pengakuan daripada cef selebriti terkenal itu menyebabkan pertengkaran mula terjadi. Andika ingin melenyapkan masa lalunya dengan menjual restoran milik datuknya itu.
"Kalau Tok Mi tak pernah hargai encik sebagai darah daging dia, kenapa dia wasiatkan restoran tu kepada encik?"- Laila
"Pembetulan. Dia wasiatkan kepada aku dengan kau. Kau tu siapa?" - Andika
"Pembetulan. Dia wasiatkan kepada aku dengan kau. Kau tu siapa?" - Andika
Bagi Laila Kirana, restoran itu sebahagian daripada jiwanya. Apapun yang terjadi, dia tetap akan pertahankannya. Kerana kedegilan gadis itu, Andika seperti berada di jalan mati. Hanya satu pilihan yang dia ada iaitu membangunkan semula Restoran AC Tok Mi. Tanpa Andika sedari, Laila yang tidak pernah mengenal erti putus asa itu berjaya mengawal degupan jantungnya. Hati yang selama ini sepi tidak berpenghuni mula berseri-seri.
"Kenapa kau tak beritahu awal-awal yang kau sakit?" - Andika
"Saya tak nak Arm risau. Saya tak nak dia rasa bersalah. Dia dah lalui macam-macam hari ni. Saya tak nak dia..." - Laila
"Habis tu, kau buat aku risau, tak apa?" - Andika
"Saya tak nak Arm risau. Saya tak nak dia rasa bersalah. Dia dah lalui macam-macam hari ni. Saya tak nak dia..." - Laila
"Habis tu, kau buat aku risau, tak apa?" - Andika
Laila terdiam. Ganti hatinya pula yang berbicara cinta. Malangnya, apa yang indah itu selalunya sementara. Kerana peristiwa hitam pada malam itu, Laila berubah. Akan tetapi, apa yang terjadi langsung tidak mengubah perasaan Andika terhadap Laila.