Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 1 September 2023

The Art of TikTok Marketing ~ Ali Imran Haizad, Mohd Firdaus Jailan

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Buku ini merupakan pilihan tepat bagi anda yang ingin membina personal branding, melaksanakan kempen marketing, menyampaikan dakwah, serta mempromosikan produk dan perkhidmatan.

Melalui buku The Art of TikTok Marketing ini, anda akan mempelajari strategi efektif untuk mendapatkan followers berkualiti, mengubah mereka menjadi pembeli dan seterusnya menjadikan mereka pelanggan tetap anda.

Buku ini tidak hanya tertumpu kepada aspek-aspek teknikal yang kerap berubah, seperti penubuhan TikTok Shop, TikTok Ads, suntingan video dan sebagainya. Sebaliknya, anda akan menemui kod QR di dalam buku yang membolehkan anda mengakses informasi teknikal tersebut.

Buku ini juga merupakan hasil kajian mendalam dan temu bual dengan pakar-pakar TikTok terkemuka seperti Bro Safuan, Farhan Rahmat, Azmi Jamaluddin, Tuan Haz dan ramai lagi.

Yang menariknya, strategi yang diperkenalkan di dalam buku ini bukan hanya terhad kepada aplikasi

The Art of A Successful Host ~ Shahril Sarapudin

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

​“Saya sukar untuk spontan, jika menjadi host saya mesti ada skrip lengkap. Apa yang perlu saya lakukan?”

“Tuan Shahril, minggu hadapan saya ada uji bakat host TV. Ada tip untuk saya tampil lebih versatil?”

“Saya selalu terima komen, cara saya terlalu formal untuk majlis santai.”

“Saya selalu jadi moderator secara online, tetapi kadang-kadang saya rasa macam syok sendiri sahaja. Tiada interaksi bersama penonton.”

“Paling saya risau untuk tambat hati penonton, kadang-kadang rasa sangat ‘krik krik’ ketika berada di atas pentas.”

Saya juga pernah lalui situasi di atas. Alhamdulillah, pengalaman membuatkan saya menjadi lebih matang dalam mengendalikan apa jua majlis. Semoga coretan pengalaman saya dalam naskhah ini membantu anda bergelar host profesional dan berkaliber.

Apa yang menarik mengenai buku ini:Paparan buku berwarna penuh.
Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah.
Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang boleh diaplikasikan!

Anda hanya perlu beli, baca dan jadikan buku ini sebagai panduan menjadi seorang host profesional dan berkaliber.
Selamat berjaya!

Whispers of Wisdom ~ Aiyen Segovia

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Life, in its infinite wisdom, has a way of imparting profound lessons in the most unexpected ways. In the vast tapestry of existence, each of us embarks on a unique journey and along this path, we encounter countless experiences that shape our perspectives, challenge our beliefs, and inspire our growth.

It is within these moments of reflection that we uncover whispers of wisdom, timeless truths that resonate deeply within us and illuminate the path to a truly enriched life.

This book invites you to embrace the timeless teachings hidden within life’s ordinary moments. Within the pages, you will embark on a transformative voyage of self-discovery, exploring profound contemplations carefully curated to nurture your spirit, expand your realisation, and inspire meaningful change.

 

Friday, 25 August 2023

Not Here To Stay ~ N.F Afrina

(SEM & SS) RM45.00 > RM42.00

Sarah Amani is a Worldsmith. At eighteen, she accidentally conjured a mythical world called Lagenda with the help of a past lover, Malik. Five years had passed and she was on a straight path to healing and moving on. She made sure nobody could enter Lagenda again and only allowed people to come in as wanderers by giving them petals as tickets. It was her way of ensuring that Lagenda remained hers without destroying it.

Just when she thought she could leave her past, she was invited back into the world with a note saying You know what to do. -M. She had to go back to Lagenda to make sure the person who sent her the note could not take the world from her. What Amani found is that Lagenda was not as abandoned as she thought it was. Determined to save her world from being exploited and smeared more than how it already is, she sets to burn every door and relic holding the world together. If she cannot keep Lagenda, nobody should. But it seemed that the person who sent her the note had other plans.

Together with her trusty dagger, Misya, her sister, a stubborn historian called Najmi and all the misfits she never dreamed of collaborating with, she would find herself propelling straight to her dark past and beloved world.

Tentang Semua Yang Melelahkan ~ Elhaura Masyitah

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Setiap orang pasti akan ada fasa-fasa yang baginya terasa begitu melelahkan. Menjalani hidup di titik paling terendah dan sering dipatahkan oleh keadaan.

Sedih, kecewa, bersendiri yang mengejar seorang manusia itu untuk terus tabah menghadapi kenyataan. Semua itu yang membentuk seseorang menjadi lebih dewasa dalam menjalani pasang surut kehidupan.

Semoga buku ini menjadi teman di saat hati terasa lelah, dan ingatlah;
“Ada lelah yang harus dihargai, agar ia menjadi harapan yang bakal ditujui, menjadi sinar walaupun hati dilukai.”
 

Depresi #healing Sebelum Hilang ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Buku ini khas untuk 3 golongan ini, moga bermanfaat buat mereka: 1. Mereka yang sedang kecewa dan berduka dalam kehidupannya 2. Mereka yang sedang diuji dengan kerisauan & anxiety 3. Mereka yang sedang berjuang menghadapi depresi.
 

Healing With Quran ~ Farhatul Faizurah

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Dalam dunia serba moden dan mencabar ini, hidup kita mudah tertekan dan terbeban dengan pelbagai masalah. Dugaan yang datang melanda, adakalanya tidak tertanggung rasanya, baik dari segi fizikal, koma, mental, mahupun spiritual. 

Fikiran buntu dan perasaan jadi tidak menentu. Pelbagai rasa; kecewa, marah, dendam, iri, sedih, pilu, putus asa dan sebagainya datang mengganggu. Apabila dugaan ini datang bertubi-tubi, semangat untuk terus hidup menjadi pudar dan hidup rasa kosong seperti hilang erti. Ketenangan dan ketenteraman mula menjauhi. Tanpa kita sedari, antidot bagi permasalahan ini semua sebenarnya sentiasa ada di depan mata. Itulah Al-Quran. 

Di dalamnya terkandung penawar yang mampu menenangkan hati dan mntenteramkan jiwa. Kita hanya perlu membaca, memahami dan mendalami isi kandungannya. Healing with Quran membawa pembaca mendekati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan pelbagai masalah yang di hadapi pada masa kini. Terkandung juga panduan untuk kita bersahabat akrab dengan kalam Tuhan ini. Semoga ia menjadi pedoman dan panduan dalam segenap urusan kehidupan.

Thursday, 24 August 2023

Bersederhanalah dalam apa perkara yang dicintai pun


 💓Bersederhanalah dalam membenci & menyintai. Kerana takut satu hari nanti, ia menjadi sebaliknya.

Buku: Muharikah. 2015. Kanvas. Deen Prints. Kuala Lumpur.

Jangan putus asa. Kuatkan semangat


Jangan putus asa. Jika sukar, bangkit & usaha kembali perlahan-lahan. Kita pasti belajar sesuatu di sepanjang jalan dalam memperbaiki diri.

Wednesday, 23 August 2023

F.I.R.E. Financial Independence Retire Early ~ Afyan Mat Rawi

(SEM & SS) RM49.00 > RM45.00

Tahukah anda perbezaan orang kaya dengan orang biasa bukanlah pada duit, tetapi pada cara berfikir dan habit mereka berkenaan dengan wang.

Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.

Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.

Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika nergaji keil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.

Cara fikir yang sama membawa kepada tindakan yang sama dan akhir sekali membawa kepada hasil dan kepercayaan yang sama berkenaan wang.

Ketika gaji kecil tidak mampu untuk menyimpan, ketika gaji besar juga tidak mampu untuk menyimpan apabila mempunyai cara fikir dan habit yang sama.

Berita baik buat anda! Sekiranya anda membeli buku ini dan membaca sehingga habis, anda berpeluang menjadi jutawan. Anda juga berpeluang menelusuri kisah benar 20 jutawan yang dikongsikan oleh pengarang buku ini.