“Saya akan perhatikan awak dari masa ke semasa. Awak ingat office awak saja ada video rakaman CCTV rumah ni? Jangan nak gembira sangat.” - Tuan Zaem
Malangnya dia sudah terlalu jauh bermain dengan api sehingga hampir memakan dirinya. Rasya harus berhenti.
“Tuan Zaem tak ada ciri-ciri lelaki idaman saya.” - Rasya
“Saya akan pastikan ciri-ciri lelaki idaman awak bertukar kepada Zaem Daniel! Zaem Daniel! Zaem Daniel! Tak perlu ciri-ciri lain dah.” - Tuan Zaem
Ada sesuatu yang menghalang Rasya dari menerima lamaran cinta Tuan Zaem. Dan belum sempat dia berterus-terang, semuanya telah terbongkar.
“Mulai dari hari ni... sila berambus daripada hidup saya.” - Tuan Zaem
“Saya janji tak akan muncul lagi depan tuan.” - Rasya
Menyedari kesilapannya, Tuan Zaem kembali mengejar cinta Rasya. Namun berjayakah Tuan Zaem meraih kembali cinta dan mengubati luka hati si gadis? Apakah rahsia besar yang cuba disembunyikan Rasya hingga dia menjadi mangsa tohmahan?