Beginilah Muslim Berniaga mengetengahkan aspek etika berniaga dalam Islam. Apa yang difahami dengan etika? Berapa ramaikah usahawan yang mementingkan etika dalam aktiviti perniagaan mereka? Berapa ramaikah pula usahawan yang tidak menyedari urusan perniagaan mereka menyalahi etika dalam Islam? Atas kepentingan inilah, buku ini mempunyai signifikannya tersendiri untuk dimiliki oleh pembaca terutamanya yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Buku ini mengetengahkan etika-etika mulia yang boleh diamalkan dalam perniagaan.
Buku ini menekankan kaedah mengamalkan etika mulia dalam hubungan antara sesama peniaga dan juga antara peniaga dengan pelanggan.
Buku ini menjelaskan secara terperinci berdasarkan hadis sahih berkaitan hukum-hakam yang perlu dititikberatkan oleh setiap peniaga dan usahawan.
*****
(SEM & S/S)