Luth Zafir, pemilik Perkasa Sdn. Bhd. Kenapa gadis yang seorang itu degil untuk menjual tanah dan rumah yang ingin dibelinya? Farhan cakap mustahil. Baginya, mesti ada cara. Caranya...adalah! Bila dah menjadi, dia dituduh gay. Ini boleh mencabar kelelakiannya! Lebih daripada itu, Durrah turut terkena tempias.
Nama baik dan maruah gadis itu dijaja. Dia akui itu berpunca daripada kesilapannya. Ditambah dengan rasa yang bertamu, dia menyuarakan rasa hati kepada Durrah. Dia ajak Durrah kahwin dengannya!
Di bawah satu bumbung dengan suami yang tall, dark and handsome yang memang menepati ciri-ciri idamannya, mulalah Durrah tak keruan. Sikap budiman semula jadi Luth Zafir yang ditunjukkan, membuatkan hatinya degil tidak menurut kata.
“Emmm...I tak goda you pun. Bila I goda? Kalau I goda, mesti lain dah jadinya. Ke you yang dah tergoda dengan I, sayang?”
Dan, Alisya tidak senang duduk. Luth Zafir harus direbut. Dia yang kenal lelaki itu dulu, katanya. Kemunculan anak kembar Tan Sri Mokhar, Sherin dan Sherina, menambahkan lagi perisa. Pelbagai perkara mula terjadi. Dan Durrah, sungguh tak ingin kehilangan Mr. Gentlemannya!
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90