“Sementara abang pergi, Nana tinggal dengan Cikgu Jasmine ya? Abang dah minta tolong dia. Sekejap aje abang pergi. Seminggu.”
Nana menundukkan kepala. “Dulu mak pun kata seke...jap ta...pi a...bah dengan mak tak... balik.”
ISTIMEWANYA DIA, Nur Hana merupakan seorang kanak-kanak lembam yang dianugerahkan untuk Irfan Qusairy. Kerana dia, Irfan banyak belajar perkara baru. Kerana dia, Irfan jadi penyabar dan kerana dia, Irfan mengenali Jasmine Khaleeda.
“Hari ni Nana cari kain batik arwah. Nak mandi katanya.”
“Oh, hari tu saya demo depan dia. Masa ajar mandi hadas.”
“Hah? Demo?”
“Eh, bukan berkemban depan dialah! Saya yang pakaikan untuk Nana! Kepala otak awak jangan nak pusing ke tempat lain.”
AWAL PERKENALAN, adalah kerana Nur Hana namun, ‘rasa’ itu semakin membuak-buak di hati masing-masing. Keprihatinan dan kelembutan Jasmine melayan Nana membuatkan hati Irfan terjerat. Tanggungjawab Irfan terhadap adiknya pula membuka mata Jasmine dan membuatkan gadis itu nekad melamar Irfan sebagai suaminya.
JASMINE sangka pelangi indah itu muncul selamanya namun, bahang mentari melenyapkan segalanya. Disebabkan cemburu dan salah sangka, rumahtangganya retak. Dia hampir kehilangan!
MAMPUKAH Jasmine memenangi hati Nini? Adakah Jasmine terus bahagia saat Tasya datang mengganggu?