Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday, 10 September 2017

Throwback: Pujuklah Hati 5 ~ Bonda Nor

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.

Kata orang …“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past.
Yelah … Buat apa nak fikirtentang perkara yang sudah lepas. Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!

Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors.Untuk apa?

Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap adagunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita.

Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!

Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.

Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.
BICARA MASA DEPAN
Sabda Rasulullah SAW:
1) Orang yang lebih baik daripada semalam, adalah orang yang beruntung.
2) Orang yang sama saja macam semalam, adalah orang yang rugi.
3) Orang yang lebih buruk daripada semalam, adalah orang yang celaka. Baik, sekali lagi ... mari kita tanya sama hati. 'Apa khabar semalam kita? Lebih baik, lebih buruk atau sama sahaja?'

'Adakah kita tergolong dalam kumpulan manusia yang untung, atau rugi atau celaka?' Jawapannya tertakluk kepada persepsi kita sendiri. Mari kita pilih untuk menjadi lebih positif. Semalam, mungkin terlalu banyak ujianberbentuk musibah yang kita terpaksa hadapi. Jangan pandangnya sebagai suatu kerugian.Pandangnya sebagai satu pertambahan ilmu. Tak kena, mana kita tahu, kan?

Pandangnya sebagai pertambahan pengalaman. Dah kena, baru kita mengerti selok-belok kehidupan. Bahkan daripada musibah itu, mungkin ada dosa kita yang telah dihapuskan. Mungkin jugadarjat iman kita telah ditingkatkan. Maka, bersyukur!

Semalam, mungkin kita telah kehilangan seseorang yang tersayang. Jangan pandangnyasebagai satu kerugian. Pandangnya sebagai satu cara yang telah Allah atur untuk membuat kita lebih dekat dengan Dia dan tidak hanya bergantung kepada kasih sayang manusia.Dalam kubur nanti, kita seorang diri.

Di akhirat nanti juga tiada siapa yang akan setiamemperjuangkan kita lagi. Kita terpaksa melalui segala-galanya sendiri. Maka, berlatih!

Kawan, apabila kita jujur kepada diri kita sendiri, tentu kita terpaksa akui yang kita jugaada banyak melakukan kesilapan. Ada sesetengah perkara yang kita buat dahulu, hari ini kitasendiri terpaksa tunduk akur dan tidak bersetuju dengan tindakan itu.Ya, manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Dan kita manusia.

Akui saja kelemahan kita dan sedia untuk memperbetulkannya. Orang lain juga manusia.
Maka berlapang dadalah untuk menerima apa juga kesilapan dan kelemahan mereka. Kita mahuberubah menjadi lebih baik. Doakan orang lain juga menjadi lebih baik. Come on!