Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula.
“Habis tu, kenapa gaya awak macam nak usyar saya aje?”
“Saya tak cakap pun. Saya cuma cakap hero selamatkan awak. Saya tak cakap yang saya nak ngurat awak.”
“Bukan sama aje ke? Awak perasan yang awak tu hero saya.”
“Awak ni, perasan cantik eh?”
Orang cakap kalau kali pertama itu kebetulan, yang kedua itu tak sengaja. Kalau dah kali ketiga muncul depan mata, itu takdir namanya. Kali ini, bukan setakat hero, Qauthar jadi suami Aura Aisyah secara tiba-tiba.
Mula-mula, biasalah. Isteri tak nak suami datang dekat-dekat. Tapi, bila Qauthar menyakat, mulut yang laju membangkang jadi tersekat-sekat.
“Pintu tak boleh terbuka luas, kena tutup rapat. Jarak kita terlalu jauh. Jadi…”
“Awak nak buat apa ni?”
“Bila dah dekat… Apa yang tertutup, kena dibuka.”
“Awak… Awak… Awak jangan macam-macam.”
Munculnya Qauthar setiap hari di hadapan mata telah membuat Aura Aisyah jatuh cinta. Namun, saat Aura Aisyah mengaku Qauthar bukan sekadar hero pandang pertamanya, kebenaran yang cuba Qauthar sembunyikan terbongkar. Aura Aisyah benar-benar terpanar.