Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 28 August 2018

Aku di Sini ~ Ieya Sya

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

ARGH!!!”

Kuat Iyan menjerit. Segala barang di hadapannya ditepis hingga jatuh berterabur. Mata bertemu pantulan wajahnya. Tanpa berfikir panjang, dia menumbuk cermin sekuat hati. Terhiris tangan, darah mencemari.
Jiwa lelakinya bergelodak.

Selepas semua itu, diam-diam dia menjejaki Ara dan emaknya. Betapa sayatnya hati melihat kehidupan dua beranak itu hilang tempat bergantung. Kemudian, dia tahu Ara yang merupakan pelajar cemerlang, gagal mendapat keputusan memberangsangkan.
Iyan tahu, semuanya kerana kejadian itu. Ara terganggu. Ara tak berjaya dalam hidupnya kerana dia. Dia yang buat kehidupan gadis itu begitu.
Hilang lamunan tentang Ara, Iyan berdiri tegak. Nafas dihembus. Jiwanya rawan setiap kali mengenangkan hidup Ara.
Ara hilang ayah.
Ara dipermainkan sepupu sendiri, Razif.
Ara dihina oleh mak saudara sendiri.
Ara menangis sendirian di taman.
Ara yang menyimpan kepahitan dalam jiwanya.
Ara yang sekarang kehilangan emaknya juga.
Ara hilang segala-galanya. Semua itu bermula kerana dirinya.
“Kau tak boleh kembalikan apa-apa tapi kau boleh beri sesuatu.”
Iyan raup wajah.
“Keadilan.”
Iyan berlalu meninggalkan cermin retak sendirian. Sama retak seperti hidupnya.