Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 14 August 2018

Fana ~ Fitri Hussin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bila hidup abadi digilai, buku bertemu ruas tak terelak lagi!

Ketika nyawa Richard Rotchield di hujung tanduk akibat penyakit misteri ngeri seperti yang dialami oleh mendiang ayahandanya, Aharon muncul untuk menyembuhkannya. Aharon kemudiannya menawarkan kehidupan abadi kepada ketua Majlis Tertinggi Alam Hitam itu melalui Ainul Hayat.

Ainul Hayat dicari tetapi misi demi misi menemui kegagalan. Di kala Richard Rotchield berdepan kebuntuan, Aharon memberitahu satu ramalan akan lahir bayi bertanda lahirkan peta Ainul Hayat.

Ramalan Aharon benar-benar terjadi. Sepasang kembar bertanda lahirkan peta Ainul Hayat lahir dari rahim seorang perempuan Melayu. Selepas bertempur hebat, seorang daripadanya berjaya diculik oleh Majlis Tertinggi Alam Hitam. Seorang lagi berjaya diselamatkan oleh Majlis Syura Tanah Melayu.

Kembar inilah yang akan ditakdirkan menjadi pencetus kepada pertembungan antara dua kuasa utama dunia ketika itu.
Mampukah Sayyid Muhaimin dan lain-lain menghalang kerakusan Richard Rotchield? Siapakah Aharon yang amat misteri itu? Dapatkah Tanah Melayu menghalang Ainul Hayat daripada jatuh ke tangan Majlis Tertinggi Alam Hitam?

“Mahukah kau hidup selamanya?” - Aharon
“Benarkah aku boleh hidup selama-lamanya?” - Richard Rotchield
“Bukankah sesuatu yang benar tu sentiasa menenteramkan?” - Roshil
“Apakah kau tahu makan crossed key atau kunci bersilang pada lencana Paus itu?” – Sayyid Muhaimin