Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 5 November 2018

Cinta Kuasa Dua ~ Hanny Esandra

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Betulkah ada peluang kedua? Tapi, bukan dengan orang yang sama? Ada. Jazman dan Lis Dahlia. Seorang teruna. Seorang janda. Seorang guru yang secara sukarela ditukarkan ke Kampung Muka Pecah dan seorang lagi memang anak jati kampung tersebut. Duduk pula berjiran. Rumah pula bertentangan. Apa lagi? Dalam hati mulalah ada taman.

"Sebab selalunya kalau ada pertemuan pertama, mesti akan ada pertemuan kedua. Masuk pertemuan ketiga, abah mesti suruh masuk meminang."- Jazman.

Daripada bertukar-tukar juadah, melarat pula bertukar-tukar rasa hati. Hubungan mereka semakin lama semakin menjadi-jadi. Tapi, ada pula yang tak puas hati. Izzul mula gila talak mahukan isterinya kembali.

"Awak nak tak kita ubah persepsi masyarakat sekeliling ni terhadap awak?" - Jazman
"Macam mana?" - Lis Dahlia
"Kahwin dengan saya?"- Jazman

Jazman nekad mahu memperisterikan Lis Dahlia bila Izzul mula bertindak kasar. Tidak cukup dengan itu Salwa pula cuba mengganggu hubungan mereka. Dicanangnya Lis Dahlia gilakan Jazman. Fitnah merata-rata. Padahal, Salwa sendiri yang ada niat nak menggoda. Tapi, tahap cinta kuasa dua mereka tidak mampu robohkan masjid yang dibina. Tetap teguh berdiri walau penuh dengan duri. Cinta Lis Dahlia dan Jazman pasti berakhir dengan kebahagiaan.