Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 2 November 2018

Seadanya Aku ~ Rissa Ahdiya

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Aufiya memejamkan matanya rapat-rapat. Terasa seolah-olah dirinya seorang perempuan yang kejam. Lebih teruk, lelaki yang menjadi suaminya sekarang, bukan sahaja tunang Wina, malah sahabat baik kepada bekas tunangnya, Taufik. Dia terasa seolah-olah dia meletakkan Zarul dalam situasi yang sukar. Dia yang bertanggungjawab menghumbankan Zarul ke dalam gaung yang dalam. Gelisah memikirkan risiko yang terpaksa Zarul hadapi selepas ini. Pengorbanan Zarul yang bakal memakan dirinya sendiri.

“Fiya…” tiba-tiba namanya dipanggil seseorang. Aufiya mengangkat muka. Matanya bertembung pandang dengan mata Zarul. Bila masa pula Zarul sudah berada di depannya? Aduh! Banyak sangat perkara yang difikirkannya, sehingga apa yang berlaku di sekelilingnya sudah tidak dia hiraukan.

Matanya masih tidak lepas memandang Zarul yang segak berbaju Melayu berwarna putih. Baju yang dipinjam daripada abang ngahnya. Mujurlah muat-muat sahaja dengan tubuh Zarul. Jika tidak, harus hari ini Zarul memakai T-shirt dan jeans sahaja sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah tadi.

“Suami nak sarung cincin tu. Hulurkan tangan Fiya...” Suara Kak Fetty, mak andam yang diupah oleh Puan Salma kedengaran lagi memberikan arahan. Teragak-agak Aufiya mahu menghulurkan tangannya ke depan.

Zarul mencabut cincin yang berada pada jari manisnya. Cincin suasa dihiasi permata berwarna biru. Perlahan tangan Aufiya disentuhnya. Matanya merenung lembut mata wanita yang secara rasminya sudah menjadi isterinya yang sah. Jari manis Aufiya dipegang, lalu cincin yang tadinya berada pada jari manisnya sudah bertukar tuan.

Aufiya tunduk, mencium tangan Zarul. Ada air mata yang melekat pada belakang tapak tangan lelaki itu. Zarul menarik kepala Aufiya rapat kepadanya. Dahi isterinya dicium lembut.

“Maaf. Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.” Bisik Zarul, hampir pada telinga Aufiya yang dibaluti tudung dan veil yang berwarna putih.
“Terima kasih.”