Antara Issam dan Haider mana satu harus kupilih. Kedua-duanya aku cinta. Issam, manusia yang disumpah menjadi seekor kuda putih. Haider yang disumpah menjadi naga. Kedua-duanya kejap disimpan di dalam hati.
Nakalnya Haider membuatkan hati ini geram! Tetapi dalam nakalnya, dia sangat mengambil nberat, membuakan aku terus jatuh cinta. Sikap selamba Issam ada kala melemaskan. Tetapi raut wajah dan keterampilannya membuatkan hati ini gedebuk! Jatuh tanpa sengaja.
Aku juga cintakan dia - Delisya
Cintailah aku, Delisya. Tanpamu, aku pasti mati. Hanya kau yang mampu menamatkan sumpahan ini. Walau jauh aku pergi, sampai langit ke tujuh, cinta hati ini hanya untuk kau, Delisya. Aku cinta kau!- Haider
Bukan aku tidak cintakan kau, Delisya. Tetapi aku tidak berdaya. Aku mahu, tapi aku sedar diri aku siapa. Aku ragu-ragu tentang status kita. Beralih waktu, suatu rahsia paling besar telah terbongkar, membuatkan diri ini terasa hina. Aku beralah demi kau, Delisya. Demi sahabat aku. Semoga kau bahagia. Aku paksakan untuk melupaimu walaupun begitu payah. Tapi aku tahu di hatimu ada cinta. Malah cinta itu begitu kuat untuk aku. Tapi apakan daya, aku terpaksa pergi supaya hati aku tidak disakiti lagi-Issam.