Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 9 July 2019

Imam-Imamn Yang Melawan ~ Syed Azharul Asriq

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Ungkapan 'Berani kerana Benar' mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, adakah mudah bagi kita melaksanakannya? Bagaimana pula sekiranya seteru kita itu jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada kita? Mampukah kita terus bangun dan menegakkan kebenaran atau kita akan tunduk lalu akur menerima kejahilan asalkan hidup kita mudah?

Itulah ujian yang dihadapi oleh tokoh-tokoh yang diketengahkan dalam buku ini. Walaupun daripada pelbagai latar belakang dan zaman yang berbeza-beza namun mereka menempuhi dugaan yang sama. Melawan kerajaan atau pihak istana yang kian jauh daripada landasan agama. Buku ini membawa pembaca bersama tokoh-tokoh yang mampu melawan sebuah organisasi yang besar lagi berkuasa.

Antara kisah perjuangan tokoh yang terkandung dalam naskhah ini:
Khalifah Umar Abdul Aziz
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Syafi'i
Imam Ahmad bin Hanbal
Salahuddin al-Ayyubi