Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 16 December 2019

Prank ~ Ramadan Omar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

“Saya perlukan bantuan Encik Khalis. Saya mahu Azril sembuh daripada penyakitnya sekarang. Saya tak tahan lagi tengok Azril tidak terurus macam tu setiap hari,” luah Datin Maimunah.
Khalis terdiam. Dia seperti berfikir tentang sesuatu.

“Datin, saya ni jururawat bukannya doktor. Kalau Datin mahu Azril dirawat semula di sini, ikut sahaja prosedur macam biasa. Bawa anak Datin datang jumpa doktor,” cadang Khalis.
“Tak boleh. Dato tak mahu Azril masuk ke sini semula. Saya datang jumpa awak ini pun tanpa pengetahuan Dato.”
Khalis mengangguk kecil. Baru dia faham kenapa hari ini Datin Maimunah datang berseorangan. Tidak seperti sebelum ini, sentiasa diiringi oleh pengawal peribadi walau ke mana sahaja dia pergi.
“Jadi, apa yang saya boleh bantu?” Datin Maimunah membisu seketika. Dia seperti sedang berfikir sendiri.
“Entahlah Khalis. Saya pun tak tahu macam mana nak minta tolong kamu. Saya sendiri sebenarnya sudah mati akal. Kamu dah lama kerja kat hospital ni, mesti kamu tahu apa yang patut saya buat dengan anak saya tu.”
Dengusan kecil terluah daripada mulut Khalis.
“Datin, saya boleh bantu ikhtiarkan untuk Azril. Tapi… ada satu syarat…”
Datin Maimunah menumpukan perhatian. Bantuan dipinta, syarat pula yang mendatang.
“Apa syaratnya?”
“Datin perlu ceritakan pada saya apa sebenarnya yang terjadi kepada Azril.”
Wanita itu pantas menggeleng. Spontan.
“No! I can’t tell you! Apa yang terjadi kepada Azril itu adalah rahsia. Tak ada siapa yang boleh tahu. Kalau Dato tahu ada orang lain yang tahu habis saya,” kata Datin Maimunah sedikit cemas.
Khalis hairan. Apa yang hendak dirahsiakan sangat? Apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang Azril dah buat sampai perlu dirahsiakan hingga begitu sekali? Penolakan Datin Maimunah itu membuatkan perasaan ingin tahu Khalis semakin membuak-buak.
“Siapa Azrul? Siapa Azman? Siapa Akim?” soal Khalis.
Terus wajah Datin Maimunah berubah riak. Nampak jelas sekali dia terkejut bercampur bimbang.