Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 23 June 2020

Kau Yang Terindah ~ Azieana

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Sebagai perempuan, Sakinah mengimpikan seorang lelaki yang sempurna sebagai pasangan hidupnya. Pertemuan Sakinah dengan Aniq di Tadika Mesra telah membibitkan rasa bahagia kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang diidaminya.

“Paksu cakap dia nak kahwin dengan Cikgu Kinah tak lama lagi. Betul ke?” – Adam.
“Betul ke paksu Adam tu nak kahwin dengan cikgu? Adam tak tipu?”- Sakinah.
Sakinah pula tidak sangka yang Aniq juga seorang guru.
“Cikgu sama cikgu. Macam berjodoh aje kita kan?” – Aniq
Sakinah mula rasa hatinya hendak melompat keluar dari badan dan duduk menempel di sebelah hati lelaki itu. Namun kewujudan Nizam membuatkan hidup Sakinah jadi tidak tenang. Bukan hanya sekarang tapi sudah bertahun-tahun Nizam cuba mendapatkan cinta Sakinah.
“Kau nak apa lagi ni, Nizam?” – Sakinah.
“Nak apa lagi, aku nak kaulah.” – Nizam.
Bukan itu sahaja, sudah berkali-kali Nizam masuk melamar Sakinah, namun sebanyak itu juga lamarannya ditolak kerana Sakinah memang tidak pernah sukakan Nizam, apatah lagi mengenangkan perangai lelaki itu.
Aniq pula memang ramai peminat di sekolah. Bukan hanya diminati oleh guru dan murid, tapi dia juga turut diminati oleh Bella, seorang model dan juga pelakon.
“I akan dapatkan you, Aniq. I tak kisah pun siapa you, pekerjaan you. I hanya nakkan you. I cintakan you.” – Bella.
Sementara Puan Dahlia pula tidak pernah jemu mencarikan jodoh untuk Aniq, tapi Aniq sentiasa menolak. Namun untuk kesekian kalinya, Aniq akur juga dengan pilihan Puan Dahlia sebaik sahaja dia melihat wajah gadis pilihan ibunya itu.
Jadi, bagaimana pula penerimaan Sakinah apabila mendapat tahu Aniq bakal bertunang dengan pilihan keluarganya? Kecewakah dia atau dia nekad mahu mendapatkan Aniq walau dengan apa cara sekalipun? Dan apa reaksi Nizam apabila Sakinah terus-terusan menolak lamarannya dan mencintai lelaki lain?