Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 7 July 2020

Pertemuan ~ Hidayatulhusra

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Amna Safiya dan Dzafri Mateen dipertemukan di bumi Sabah saat hati mereka rapuh dan luluh. Tanpa sedar, pertemuan yang tidak diduga itu saling menyembuhkan hati yang berdarah. Walaupun tidak diluahkan, mereka seakan-akan memahami isi hati masing-masing.

“Banyak ambil gambar tadi?” - Dzafri Mateen

“Banyak. Cantik tempat ni. Saya tak tahu sangat pasal tempat-tempat menarik kat Sabah ni. Nasib baik awak ada.” - Amna Safiya

“Kalau macam tu, apa kata lepas ni awak jadi peneman saya kat Sabah ni?” - Dzafri Mateen

“Peneman?” - Amna Safiya

“Awak tak percayakan saya? Kalau macam tu, saya ada cadangan. Awak ambil gambar saya, gambar IC saya, gambar nombor plat kereta. Lepas tu awak hantar kat keluarga awak ke, kawan awak ke? In case kalau saya ni orang jahat, keluarga awak tahu saya yang kidnap awak.” - Dzafri Mateen

“Okey, saya setuju untuk jadi peneman awak.” - Amna Safiya

Walaupun ketika di Sabah mereka mula rapat tapi pada Amna, dia sudah membuat keputusan yang hubungan mereka berakhir saat dia meninggalkan bumi Sabah. Bagi Amna, dia yakin tiada lagi pertemuannya dengan lelaki itu selepas dia pulang ke Semenanjung. Tapi dia silap. Mereka dipertemukan lagi setelah dia diterima bekerja sebagai photographer di tempat kerja Dzafri! Tetapi siapa sangka lelaki itu kini berada di hadapan matanya.

“Kenapa awak tak contact saya lepas balik Semenanjung?” - Dzafri Mateen

“Saya tertinggal kad nama awak dekat bilik hotel kat KK.” - Amna Safiya

“Nah! Lepas ni jangan tertinggal lagi.” - Dzafri Mateen

Hakikatnya, jika dia menyimpan nombor lelaki itu sekalipun, dia tidak akan menghubungi Dzafri. Jika ditanya, adakah dia senang dengan pertemuan tidak dijangka ini? Dia pasti yang jawapannya adalah ya. Tetapi jika ditanya kenapa, dia tiada jawapan yang tepat. Mungkin kerana lelaki itu membuatkan dia rasa selesa dan istimewa.

“Sedarlah, Amna! Lelaki kat depan kau ni dah ada isteri.”

Adakah pertemuan yang terjadi ini merupakan salah satu jalan untuk dia bertemu jodoh setelah dia mengetahui siapa Dzafri Mateen yang sebenar?