Setiap orang yang kita jumpa, pasti ada sebabnya dipertemukan. Kita mungkin tidak suka dengan perangainya tapi Allah takdirkannya untuk kita bekerja sekali dengannya, Pasti Allah mahu kita belajar bersabar, belajar buat kerja dengan lebih baik atau sentiasa berfikiran positif.
Ingat firman Allah ini:
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu & boleh jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah 2: 216)
Buku: Luqmmann. 2018. Metanoia. Mustread sdn bhd. Selangor.