“Afwan... janji dengan abah. Janji yang Afwan akan cari keluarga Afwan. Cari mereka dan dapatkan balik hak Afwan sebagai anak.” - Pak Malik
Bermulalah rancangannya mahu mendekati keluarga kandung dengan menjadi warga syarikat korporat milik Tan Sri Malik. Namun kehadirannya mendapat perhatian dua orang jejaka yang memegang jawatan penting di dalam syarikat.
Alif Mikail Adam, jejaka tampan yang punya segalanya. Dengan hanya melihat kepada sekeping gambar, dia jatuh cinta kepada gadis itu.
Alif Mikail Adam, jejaka tampan yang punya segalanya. Dengan hanya melihat kepada sekeping gambar, dia jatuh cinta kepada gadis itu.
“It was the same feeling I got when I saw her picture. She is beautiful.” - Mikail
Aizat Hariz, bertahun-tahun dia menyimpan kasih sayangnya buat seorang insan sehingga sanggup mengabaikan perasaan orang kelililingnya.
“Hati aku bagai ditarik-tarik untuk kenal dia dengan lebih dekat. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak jelaskan pada kau.” - Aizat.
Pergolakan emosi semakin memuncak apabila mula melibatkan perhubungan di antara cinta, sahabat dan keluarga. Serta campur tangan musuh dalam selimut yang menyulitkan lagi misi Afwan. Siapakah yang menjadi pilihan Afwan? Berjayakah Afwan melaksanakan misinya tanpa perlu berkorban?
BAHAGIA ITU MILIKKU, sebuah kisah perjalanan hidup mencari apa itu nilai sebuah kebahagiaan.
BAHAGIA ITU MILIKKU, sebuah kisah perjalanan hidup mencari apa itu nilai sebuah kebahagiaan.