ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 9 February 2021

Umar ~ Fariesya Fauzy

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Pertemuan kali pertama di pasar raya membuatkan Damia menyimpan perasaan benci terhadap seorang lelaki.
“Eii… poyonya! Umar nanti dah besar jangan jadi macam mamat tu. Tak gentlemen langsung!” – Damia

Tanpa disangka, lelaki itulah yang bakal memisahkannya dengan anak saudaranya, Umar Fayyadh yang dipelihara sejak kematian kakak dan abang iparnya. Walaupun Umar selalu menaikkan darahnya, dia tetap menyayangi Umar bagaikan anaknya sendiri.

“Saya Firaz, abang kepada arwah Arman Fahim. Saya baru balik sini dan saya nak tuntut hak penjagaan Umar sekarang.” – Firaz

Disebabkan wasiat, terpaksa juga Damia melepaskan Umar. Tetapi… cerita Umar membuatkan Damia buka mata.

“Umar tak tahu nama betul dia, tapi papa panggil dia Kay. Dia suruh Umar panggil dia Cik Kay. Tapi papa suruh Umar panggil Pak Cik Kay atau Uncle Kay. Umar tengok papa dengan Cik Kay memang rapat. Masuk toilet pun sama-sama… Mak su, lelaki boleh kahwin dengan lelaki ke?” – Umar

Damia perlu menuntut hak penjagaan Umar secepat mungkin! Dia perlu menamatkan zaman bujangnya. Tetapi siapakah bakal pengantinnya? Dapatkah suaminya nanti menerima Umar?

Adam? Lelaki yang pandai menyejukkan hatinya dengan pantun merapunya tetapi ada yang kata lelaki itu sudah beristeri dua.

Ustaz Hadi? Ustaz berjanggut comel itu memang calon yang bakal membawanya ke jannah, tetapi lelaki itu terlalu jual mahal. Perlukah dia menjadi perigi mencari timba?

Datuk Qamarul? Duda yang mempunyai senyuman manis tetapi didatangkan dengan pakej anak tiri. Maknanya bertambah lagi tanggungjawab Damia.

Siapa ada lagi? Takkan hendak kahwin dengan bapa saudara Umar itu pula? Apabila teringatkan amaran abangnya Daud, terus meremang bulu tengkuk Damia. Apakah amaran abangnya itu? Dapatkah Damia menuntut hak penjagaan Umar? Adakah Firaz hanya akan berdiam diri dan apakah hubungannya dengan Cik Kay?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...