Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 15 February 2023

Keluarga Rothchild: Dinasti Perbankan Yahudi - Jerman ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Keluarga Rothschild adalah sebuah keluarga Eropah yang berasal dari Yahudi Jerman, pengasas syarikat-syarikat perbankan dan kewangan di Eropah pada akhir kurun ke- 18. Lima garis cabang keluarga dari Austria telah diangkat menjadi bangsawan Austria, dan diberi warisan sebagai baron ole Maharaja Francis II dari Empayar Habsburg pada tahun 1816. Cabang keluarga di Britain pula diangkat menjadi bangsawan dengan permintaan dari Ratu Victoria. Pada kurun ke-19, keluarga in memiliki harta kekayaan peribadi terbesar di dunia dan juga terbesar di dalam dunia moden pada hari ini.

Sejarah keluarga in bermula pada abad ke-18, di mana seorang lelaki Jerman Yahudi laitu Mayer Amchel Rothschild, bekerja sebagai 'Court Jew' merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dalam institusi perbankan. Beliau menguruskan kewangan dan pinjaman dalam kalangan bangsawan pada ketika itu. Meskipun riba adalah haram menurut Bible, beliau tada halangan untuk melakukan transaksi kerjayanya dengan menggunakan konsep riba. Oleh itu, dengan gesit beliau dapat mengumpul kekayaan yang amat luar biasa. Mereka juga menyalurkan dana untuk konflik besar seperti Revolusi Perancis, Perang Napoleon, Pembinaan Terusan Suez, menyelamatkan Bank England daripada bankrap dan banyak lagi. Rothschild juga dikatakan terlibat dalam konflik 'New World Order', salah satu konspirasi Yahudi seperti yang dipercayai ramai. Rothschild Group adalah sebuah institusi bank pelaburan yang menekankan konsep pinjaman kepada golongan bangsawan, bank serta menjalankan transaksi berasaskan riba. Keseluruhan wang milik mereka dianggarkan $1-$2 quadrilion, namun jumlah ini dibahagi-bahagikan dalam kalangan keluarga mereka, sebab itulah nama Rothschild tidak ditemui di dalam senarai orang terkaya majalah Forbes. Mereka adalah generasi Yahudi yang telah wujud sejak dahulu lagi di mana telah menyalurkan wang untuk bank-bank di negara barat. Kes konspirasi yang dikaitkan dengan mereka mash tidak mempunyai bukti kukuh, tetapi Kebanyakannya mempunyai kaitan dengan mereka. Rothschild juga membantu pembinaan negara baru seperti Belgium.