Serbuan it merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di neger Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di neger Panai dan Tengku Mustafa yang bergelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, dan Kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan in mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang milk Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis. Hampir separuh daripada penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai juga telah diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal iaitu Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam lagi, puteri-puteri Sultan Langkat telah diperkosa dan yang lebih memilukan lagi ialah pemerkosaan ini dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat sendiri. Putera Mahkota Langkat yang mash muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI yang bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Golongan pro-komunis juga telah menangkap semua kerabat diraja Melayu di beberapa daerah lain, terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, mereka disiksa, dihina sebelum dibunuh Selepas 19 tahun tragedi ini berlaku, iaitu pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa ole Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia.