Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 27 July 2023

Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia: Lembah Indus Harappa dan Mohenjo-Daro ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Pabila kita menelusuri penseiarahan tamadun awal, tua dunia, maka akan terbayanglah nama-nama seperti Mesopotamia, Mesir Kuno/ Purba, Huang He, Yunani/ Greek, Rom rentas hingga Nusantara. Kebanyakan tamadun-tamadun tua awal ini berkisar di tengah Benua Asia, Timur Asia, serta Eropah jua belahan tenggara Asia. Walau bagaimanapun, jika ditelusuri pentarikhan tamadun -tamadun tersebut muncul sekitar 4000SM. Jika dihitung anggaran usianya adalah lebih kurang 6000 tahun. Adakah tamadun tertua di dunia dipegang oleh Tamadun Mesopotamia yang usianya sudah menjangkau 6000 tahun?

Atau terdapat tamadun lain yang lebih tua usianya? Di sinilah bermula pencarian permata di lembah sungai di sebuah benua kecil yang jauh daripada kemasyhuran ketamadunan manusia yang diwarwarkan dunia moden. Benua Kecil India, di lembangan Sungai Indus, lahirnya Tamadun Lembah Indus vang berusia lebih 7000 tahun. 1000 tahun lebih tua berbanding Mesopotamia yang selama in memegang rekod tamadun tertua dunia. Sisa-sisa tinggalan di tapak galicari arkeologi Harappa dan Mohenjado serta puluhan bandar lain sekitar lembah Sungai Indus telah memberi makna baru kepada pensejarahan tamadun tua dunia.

Tamadun ini bertunas di celahan aliran air Sungai Indus yang membawa pelbagai unsur alam dalamnya. Tamadun ini muncul dan meniadi tamadu terawal yang dirakamkan melalui tinggalan kekal mereka iaitu pembinaan pembandaran terancang yang seragam antara bandarnya walaupun terpisah jarakya melebihi ribuan kilometer. Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah kronologi perkembangan tamadun tersebut. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun Indus melalui sudut bukti monumen dan karya ulung yang mash tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini.

Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua dengan kehebatan tokohnya yang mash diulang sebut sehingga ke hari ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada Tamadun Awal di Benua Kecil India. Seterusya ditelusuri juga perkembangan pasca Tamadun Indus dan perkembangan Islam yang yang membentuk Dinasti Moghul.