Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Adry Tihani. Show all posts
Showing posts with label Adry Tihani. Show all posts

Tuesday, 12 March 2019

Semua Untukmu ~ Adry Tihani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Saya takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan wajah awak. Saya akan cari awak dulu, sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia. Saya janji.” ADI FAKHRI.

“Saya akan tunggu awak balik.” NAJIHAH.

Najihah dan Adi Fakhri bertemu ketika mereka masih di bangku sekolah di Langkawi. Perpisahan terjadi apabila keluarga Adi Fakhri terpaksa berpindah ke luar negara. Najihah yang merupakan anak yatim dan tinggal di Rumah Nur terpaksa ditinggalkan Adi Fakhri dengan hanya satu janji.

Masa berlalu…

Kekangan hidup mula merekahkan suatu jarak antara Adi Fakhri dan Najihah. Anak-anak Rumah Nur dipisahkan secara paksa dan Najihah dibawa pergi jauh dari pulau itu. Hidupnya kini bergantung kepada ihsan orang lain, namun dia tetap berpegang kepada janji Adi Fakhri. Janji itulah yang membawanya pulang semula ke Langkawi. Semuanya hanya untuk Adi Fakhri.

Friday, 19 January 2018

Kerna Aku Perlu Kamu ~ Adry Tihani

(SEM &SS) RM22.00 > RM19.40

Hana Zahirah. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup kaya membuatkan dia semakin terikat dengan undang-undang aneh keluarganya. Hatta mahu menyumbat makanan ke dalam mulut sendiri pun dia tiada pilihan. Semua keputusan di tangan mamanya, Puan Sri Zaharah. 

Dan… Semuanya atas alasan, untuk kebaikan dirinya. Terkongkong, itu yang Hana Zahirah rasakan namun dia seorang anak yang taat. Puan Sri Zaharah keutamaannya walau apa pun yang berlaku. Tapi, apabila soal jodoh mula diutarakan oleh mamanya itu, Hana Zahirah tersentak. Hana Zahirah dengan Arif Luqman? Lelaki yang tiada adab dan sangat kurang ajar dengan perempuan mahu dijodohkan dengannya hanya kerana harta? 

Sudahlah ada rekod buruk kerana pernah bergaduh di kelab malam. Jijiknya! Hati Hana Zahirah menangis, memberontak keras. Tiada siapa yang memahaminya. Dia hampir tewas dalam kesakitan emosi dan segala rasa hati diadukan kepada pengawal peribadinya, Khairil Zhafran. Ya, hanya Zhafran yang sudi mendengar masalahnya. Lelaki dingin yang menyakitkan hati tanpa pernah membantah apa-apa. Tapi, dalam tidak sedar kedinginan Zhafran kerana ingin melindungi. Dan dari rasa mahu melindungi mencambahkan satu rasa lain.