Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Aqada. Show all posts
Showing posts with label Aqada. Show all posts

Monday, 27 May 2019

Suamiku Dajjal 3 ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

"Jangan dibina istana bahagia kau di atas sungai yang mengalirnya air mata aku.

Ada sebab Tuhan cipta manusia ada satu hati, bukannya dua!"

Thursday, 14 September 2017

Suamiku Dajjal ~ Aiman Banna

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Safia, yang terlalu inginkan pasangannya seorang ustaz. Hal ini kerana dia terlalu banyak tengok drama-drama dan baca lambakan novel jiwang yang mengisahkan tentang cinta lalu dia pun keawang-awangan untuk ada jalan cerita yang sama.

Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Ditakdirkan dia bernikah dengan seorang lelaki yang berkopiah dan tidak pernah lepas kopiah selama dia kenal dengan lelaki itu 2 bulan lepas. Dia expect perfection daripada lelaki itu.

Rupa-rupanya; si kopiah itu ada masa silam yang sangat teruk sehinggakan bila Safia tahu tentangnya, dia kata; “KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!”

Adam; dia tahu dia Adam yang ada banyak jahiliah. Kerana apa yang Safia baru terima daripada whatsapp yang entah daripada siapa itu hanyalah 1 per 100000 dosa & jahiliah yang dia pernah buat. Isterinya terus marah dan mahu lari dari rumah.

Kutemu Hijrah di Eropah ~ Sabatini Dzue

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Siapa sangka, seorang gadis yang awalnya berseluar ketat, berambut karat, bahkan nakal... kini telah berubah 360 darjah kepada seorang gadis yang begitu luar biasa ketaatannya kepada Tuhan.

Hijrahnya bermula apabila seorang paderi, datang lalu menegur dan menceritakan perihal Jesus padanya. Dia pun tersentap... hingga dalam tak sedar, teguran itu sebenarnya perlahan-lahan telah membuka mata hatinya untuk melihat kebenaran yang selama ini terhijab oleh zulmat kejahilan. Dan ketika itu, cahaya hijrah jua tampil menyapa. Hatinya mula tersentuh.

Maka benarlah... hidayah itu milik mutlak Allah dan Dia berhak memberikan ia kepada sesiapa sahaja bahkan dengan apa cara sekalipun bertepatan dengan kehendak dan kemahuanNya meskipun dalam keadaan hambaNya masih belum bersedia sepenuhnya.

Dan sebenarnya, bukanlah perkara yang mudah baginya untuk berubah dalam keadaan keluarga yang muallaf. Hinggakan dia harus berdiri dalam nafasnya sendiri untuk mencari agama yang pernah hilang dalam hidupannya disaat dia terasing jauh dari keluarga.