Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Dr. Kamilin Jamilin. Show all posts
Showing posts with label Dr. Kamilin Jamilin. Show all posts

Thursday, 10 September 2020

Ada Apa Dengan Kuliah Hadis? ~ Dr. Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Ilmu hadis ialah kunci kepada segala ilmu-ilmu Islam yang lain. Ia membuatkan para penuntutnya lebih mengenali kekasih Allah dan nilai-nilai agama secara lebih dekat.

Naskhah ini merupakan perjalanan hidup penulis sebagai penuntut ilmu hadis dan beberapa sudut pandang berkaitan bidang ini.

Suatu coretan yang boleh menjadi panduan dan inspirasi buat mereka yang masih jauh daripada ilmu hadis mahupun yang ingin menghampirinya melalui pengalaman peribadi penulis sendiri.

Tuesday, 11 February 2020

Sila Baca Jangan Tidur ~ Dr. Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Adakah mencukupi timbangan amal soleh yang mampu menyelamatkan diri kita dari api neraka? Apakah yang mampu ditinggalkan kepada generasi seterusnya setelah kita meninggal dunia? Andai umat Islam sedar akan kepentingan perkara ini, nescaya kita tidak akan mampu tidur dengan lena pada malam hari! 

Buku ini secebis legasi yang mampu penulis tinggalkan buat masyarakat dan generasi seterusnya. Ia merupakan catatan dan luahan berkaitan pelbagai isu yang dibahagikan kepada empat bab iaitu untaian nasihat, risalah dakwah, isu semasa dan kupasan ilmu. Keseluruhannya meliputi 101 topik yang bermanfaat untuk direnungi, dihayati serta dijadikan panduan dan bekalan di akhirat.

Monday, 25 June 2018

Ulama Hadis: Makhluk Asing dari Bumi ~ Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Lebih 70 kisah-kisah luarbiasa tetapi benar tentang ulama.

Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua.

Antara Kandungan:
1. “GENGGAMLAH TANGANKU KETIKA AKU MELIHAT SAKARATUL MAUT.”
2. “AKU TELAH DIUJI DENGAN POPULARITI.”
3. BETAPA IKHLASNYA MEREKA DALAM BERAMAL!
4. AZAM & TEKAD ABU AL-QASIM AL-ZANJANI
5. KEMPUNAN MAKANAN KEGEMARAN DEMI BERKEJARAN KE KELAS HADIS
6. KEGIGIHAN ABU HATIM AL-RAZI DALAM MENUNTUT ILMU YANG MEMPERSONA!
7. DARIPADA PENYAIR KEPADA ILMUWAN TERSOHOR DUNIA!
8. KESUNGGUHAN SA’ID BIN JUBAYR MENCATIT ILMU
9. KERANA SATU HADIS
10. AURA AHLI HADIS!
11. JIKA AHLI HADIS DAHULU MASIH LAGI HIDUP LAGI KINI, APAKAH KEWARGANEGARAAN MEREKA?
12. KISAH TAUBAT AL-QA’NABI & FUDYAHL BIN ‘IYADH
13. MEMERAH KERINGAT DEMI MENGKAJI SATU PERAWI
14. KELANTANGAN MUGHLATAY DALAM MENGKRITIK GURUNYA AL-MIZZI
AL-DZAHABI DIKECAM MURIDNYA SENDIRI
15. Al-BUKHARI: KANAK-KANAK 11 TAHUN YANG MEMPERBETULKAN KESILAPAN GURUNYA
16. SIKAP EGO ‘ALI BIN ‘ASIM BIN SYUHAYB AL-WASITI
ILMU HADIS BAGAIKAN ILHAM!