Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts
Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts

Monday, 29 July 2019

Cemburu Seorang Aku ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Sufi Tihani vs Fitri Firdaus

Kenal mesra tak bermakna jodoh itu ada. Mungkin Tri, jodoh orang lain yang Sufi jaga. Mungkin Sufi perlu melepaskan sesuatu yang tak tersimpul mati. Hubungan erat terjalin selama 17 tahun lamanya... tapi kini,

"Aku nak kahwin."

Dunia Sufi pun terhenti. Perlahan-lahan dia melihat satu persatu mimpi dan harapan berkecai. Hati seperti dihiris, nipis-nipis. Satu persejuta nanometer...

"Aku dah sedia."
Aku belum. Aku belum Tri. Sufi mahu menjerit kuat-kuat.
"Jodoh aku dah sampai." Bicara Tri terus riuh bergema.

Sufi melihat Tri yang ceria. Tri, dunia aku hancur. Punah. Ranah. KLCC runtuh. Berjaya Times Square rebah. Tugu Negara musnah. Tak ada lagi Menara Berkembar Petronas. Tak ada Kafe Murni. Tak ada panggung wayang di The Curve. Tak ada acara buka puasa di Masjid Negara. Tak ada. Tak akan ada. Tri...
Tuhan, siapakah seorang Sufi tanpa wujudnya seorang Tri?

Tuesday, 24 July 2018

Dongeng Cinta ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

"Cinta itu seperti hantu. Selalu diperkata, tak semua dapat bersua...hanya yang bertuah, akan merasa."

Kompilasi 44 kisah hati. Ada tragedi, ada mimpi.
Ada masa indah, ada ketika bawa padah. 

Friday, 29 June 2018

#YANA ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Biar gila. Biar kiamat dunia. Kau tak mungkin dapat semua yang kau inginkan kerana ALLAH ada."

Itu janji Yana ketika moyang Lee yang telah mati berkurun yang lalu, muncul dan menuntut keadilan di atas kematiannya. Mengapa baharu kini, Lilly muncul? Kenapa dia yang tidak kena mengena, perlu pegang watak utama dalam drama penuh emosi ini?

"Kalau di akhir cerita, kita sama-sama mati...macam mana Lee?
"Soal hidup dan mati bukan urusan kita, Yana."

Jadi bahagian mana yang menjadi urusan mereka?
Waktu Yana hampir mati diamuk Lilly yang tidak mahu Yana kenal makna bahagia?
Waktu mama Lee berkeras menentang dan menuduh Yana punca segala bala?

Yana : Aku tak mahu bercinta Lee kalau macam ini sengsara yang perlu aku hadap bertahun-tahun lamanya.

Lee : Bila kau terseksa, aku akan menderita. Percayalah sengsara aku jadi berganda.

Cinta Terlebih Gula ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

“I boleh makan tiga kambing, dua ayam, seekor itik dan separuh lembu.” Ady memberitahu dengan bersungguh-sungguh.

Zahra berpaling dan mengerutkan dahi. Ini manusia atau apa?

“Nak pergi menuai bendang tiga hektar? Nak menoreh lima ekar? Atau nak memancing setengah lautan?” Zahra bertanya.

Ady mencapai tangan Zahra dan mereka berpimpinan seiringan berjalan sama.

“Salah tu. Itulah tahap tenaga yang I perlukan untuk jaga seorang Zahra.”
“Are you sure?”

Senyuman meleret diberikan oleh Ady. Dia menarik tangan Zahra supaya lebih laju mengatur langkah. Dan Zahra mengikut sambil ketawa. Macam budak-budak.
Erk, memang pun budak sikit dari dirinya. Muda tiga tahunkan? Zahra ketawa kecil.

Thursday, 26 February 2015

Bicara Cinta Tertangguh ~ Lynn Dayana

Pertama kali melihat Suri, tok kadi mahu dipanggil. Kad kahwin terus mahu dicetak. “Dia, Suri aku!” Itu kata hati Luq, tauke sayur yang tiada BMW, banglo mewah atau wang berjuta. Tapi hatinya penuh cinta!

KPS @ Kempen Pikat Suri dilancarkan. Luq memikat, Suri mengelak. Luq ganda usaha, Suri jatuh cinta. Luq vs Suri? Sah, Luq juara.

Ujian datang kala risikan ditolak. Mahu nyanyi lagu Rude? Rupa-rupanya... Cinta tak boleh dipaksa, kasih tak boleh digesa dan sayang itu bukan percuma. Berjodohkah mereka di akhir garisan? Antara ‘cinta tidak semestinya bersatu’ dengan ‘kalau jodoh tak ke mana’, yang mana satu takdir Luq-Suri?
*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50