Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ririn Rahayu. Show all posts
Showing posts with label Ririn Rahayu. Show all posts

Sunday, 27 February 2022

Ya Allah, Jika Dia Jodohku, Permudahkanlah ~ Dr. Amalina Nudin, Ririn Rahayu

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Tidak ada hubungan cinta antara lelaki dengan perempuan yang diredhai oleh Allah s.w.t. selain pernikahan. Jika sudah saling cinta, sudah bersedia zahir dan batin, apa lagi yang ditunggu? Namun, hala tuju membina mahligai syurga di dunia ini tidak semudah harapan dan kata-kata. Kelumitan resah, kesangsian janji dan pertembungan citarasa mengalihkannya ke arah perpisahan.

Namun, bagaimana pula khuatir tentang jodoh apabila tiada kekasih? Sekali lagi, Allah s.w.t. sudah menjamin jodoh setiap orang, pada saatnya sudah tiba, segalanya pasti indah dalam kesyukuran.

‘Ya Allah Jika Dia Jodohku, Permudahkanlah’ ditulis khas bagi membimbing gadis dan berkongsi rasa hakikat sebenar indahnya pertemuan dan jodoh yang dirahsiakan di sisi-Nya.

Wednesday, 26 May 2021

Goodbye Sedih & Kecewa ~ Ririn Rahayu

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Hidup memang perpindahan daripada satu masalah ke masalah yang lain. Apabila lulus satu ujian, kita akan berdepan dengan ujian seterusnya. Begitulah selanjutnya. Maka, sebagai Muslimah, kita sepatutnya memiliki pertahanan diri yang kuat terhadap serangan masalah. Sekiranya tidak, kita akan terumbang-ambing sehinggakan tidak lagi dapat merasakan indahnya kehidupan.

Kekuatan ini pula akan membentuk jati diri seorang Muslimah. Si Fulanah yang pantang berputus asa, Si Halimah yang sayang kepada mentua, Si Inayah yang memelihara alam sekitar, Si Shireen yang mampu mendidik anak-anaknya menjadi soleh dan solehah, Si Walidah yang disayangi jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Bukan sebaliknya, seorang Muslimah yang berperangai buruk, mudah tersinggung, perosak rumah tangga, mencabar suami, tidak menghormati orang tua, dan sebagainya. Nauzubillah.

Tidak mudah untuk menjadi Muslimah cekal yang mampu menguruskan semua masalah dengan sempurna. Kadangkala kita sebagai manusia biasa berasa penat, sesak, keliru, dan mungkin bosan. Kadangkala hati kita dirundung sepi sehingga tidak mampu melihat jalan keluar dengan lebih jelas.
 

Wednesday, 24 March 2021

Hijrah Muslimah Milenial ~Ririn Rahayu, Nani Latifah

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Hijrah menjadi sebuah trend yang sering dipopularkan dalam kalangan public figure dan ustaz-ustaz muda melalui media sosial mahupun melalui kajian yang dijalankan. Ramai dalam kalangan generasi Z menyambut ikutan ini dengan baik, seperti mula berhijrah penampilan dan ibadah.

Namun, adakah hijrah semata-mata terhad penampilan dan ibadah sahaja? Sedangkan hijrah pada makna sebenarnya cukup besar dalam mencipta perubahan kepada yang lebih baik.

Buku Hijrah Muslimah Milenial mengandungi tujuh perbahasan utama, iaitu bermula dengan cara muslimah menjaga hubungan dengan Rabbnya, tip-tip menggapai prestasi, cara menyantuni perasaan cinta, pengurusan dan aplikasi teknologi, menjaga pergaulan sesama muslimah dan juga muslim, bersahabat dengan orang sekeliling, serta cara dan kaedah muslimah untuk tetap produktif dan berdikari dalam pengurusan kewangan.

Melalui buku ini, kita akan memahami makna hijrah ini tidak semata-mata memperbaiki penampilan dan hubungan dengan Allah s.w.t. sahaja, tetapi juga berusaha menjadi peribadi yang lebih baik untuk orang lain terutama disekelilingnya.

Tetap wujud, bergaul dan celik teknologi, wahai muslimah!
Kerana kita hidup pada zaman ini. Kita Muslimah Milennial.