Kemalangan yang meragut nyawa bapa Syafira telah merubah hubungan akrab Fakhrul dan dirinya. Akibatnya, Fira tidak lagi menyenangi sahabat sepermainannya itu. Dia anggap Fakhrul tak lebih macam kacang hantu. Bersekolah di sekolah asrama penuh yang sama, Fakhrul tekad untuk melindungi sahabat sepermainannya walaupun Fira begitu dingin dengannya.
“Nak tau something? Saya bukan tong sampah!” – FIRA
“Tak boleh ke, sekali saja, kau terima niat baik aku? –FAKHRUL
Hati remaja Fira bukanlah keras mana dengan makhluk bernama lelaki. Dalam diam, hatinya CRUSH kepada Ketua Pengawas sekolah (KP) yang bernama Fateh Izhan. ‘Orang bijak, genius macam dia, manalah padan dengan low-scorer macam aku. Tapi, boleh cuba kurangkan gap tu. Usaha…Then, he’ll notice me someday. Dia kenal aku pun cukuplah’. –FIRA
Satu kejadian menyayat hati merubah happy go-lucky Fira. Pemergian ibu dan abang tercinta membuat Fira hampir putus asa untuk terus belajar. Yang pasti, selepas hujan ada pelangi. Dia diangkat menjadi anak angkat kepada ibu CRUSHnya, Umi Izzah. Tidak punyai sesiapa lagi, Fira ditunangkan secara rahsia dengan Fateh. “Insya Allah, I’ll accept you whoever you are.” –FATEH IZHAN
