Kalau duda tu tak nak, aku lagi tak hingin!
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.
“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.
Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.
“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan
