Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday 7 November 2015

Anugerah Cinta Daripada Dia ~ Dhiyana

Lantaran cinta pertama tidak kesampaian bersama Zara, Bazli membawa diri ke Zurich dan bekerja di sana. Ketika di Zurich, Bazli bertemu dengan Dania yang merupakan seorang graduan tahun akhir di University Of Zurich. Hari-hari dilalui oleh Bazli yang dulunya suram kini diceriakan oleh kehadiran Dania yang sememangnya seorang yang ceria dan ramah.

“Ikmal Bazli... I love you so much.” – DANIA.

Namun, hati Bazli masih belum terubat… Bazli yakin bahawa bukan Dania yang akan jadi cinta terakhirnya.

“Berikan I masa untuk semua ni. Cinta pertama I baru saja hancur, musnah!” – BAZLI.

Dalam menjalani hari-hari di Zurich, Malaysia tanah air tercinta tetap diingati. Laman Facebook jadi pengubat rindu dalam hati. Hanya kerana melihat komen di status akaun Facebook milik Zara, tiba-tiba membuatkan perasaan Bazli bagaikan dilanda ribut. Berkecamuk! Sebaris nama sudah mampu membuatkan Bazli terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Serius? Rindukan saya?” – BAZLI.
“Hah? Saya tak kata rindukan awak. Saya hanya kata rindu. Rindu kepada Si Chemong! Anak kucing gebu jiran sebelah rumah!” – SYAKIRIN.
Kerana kesilapan tanpa diduga, hubungan yang mula mekar tiba-tiba terpaksa melalui jalan yang penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Syakirin akur! Bazli pasrah!

Pelbagai cabaran, dugaan dan juga ujian yang perlu dilalui oleh Bazli untuk memiliki Syakirin. Kesilapan masa lampau dan juga masa kini tetap mengejarnya sehingga semakin menyukarkan keadaan untuk mereka berdua menemui jalan kebahagiaan. Setiakah Syakirin apabila mengetahui kisah lampau Bazli? Mampukah Bazli memiliki kebahagiaan yang selama ini diimpikannya? Mampukah Syakirin menerima bahawa cinta pertama Bazli ialah Zara yang merupakan kawan baik kepada Syakirin?
******
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80