“Nama Uncle, Ryan. Ali boleh panggil Uncle Ryan.” – ULTHAF DARYAN
Perkenalan singkat itu membuatkan Ryan dan Ali semakin rapat dan mesra. Dan melalui Ali juga lah Ryan bertemu semula dengan Aileen, selepas enam belas tahun berpisah. Rasa yang sekian lama terpendam di dalam hati terasa kembali segar dan menggebu.
Demi untuk Ali, Ryan sanggup bertukar menjadi Mr. Nanny. Menemani dan melayani Ali setiap hari tanpa jemu. Tumpahnya kasih dia pada Ali melimpah ruah. Aileen yang melihat kemesraan itu mula menyulam perasaan bahagia. Dia mula menagih rahsia hati Ryan yang sekian lama terpendam.

“Awak nak saya cakap apa lagi, Aileen? Yang saya sukakan awak… sayangkan awak… cintakan awak… sejak dari dulu lagi sampai lah sekarang. Begitu?” – ULTHAF DARYAN
“Hey, jiran sebelah. Terima kasih… untuk rasa yang ada di hati kita.” – AILEEN UFAIRAH