Para penulis cuba menyentuh soal merancang rawatan pergigian, seterusnya diakhiri dengan soal jawab fiqh pergigian yang diselitkan dengan sunah Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan gigi. Justeru, para pembaca bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri semata-mata bahkan dapat memelihara kebersihan diri mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan supaya bersih diri dan iman.
Buku ini sudah tentu sesuai dijadikan antara bahan bacaan utama, bukan sahaja disebabkan ditulis oleh golongan profesional yang berpengetahuan dalam bidang berkaitan, bahkan penulisan berkaitan kesihatan gigi ini sangat jarang beredar dalam bacaan masyarakat kita, biarpun tidak dinafikan kepentingannya dalam tradisi ilmu Islam
MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI
Dilengkapkan dengan beberapa hukum-hakam berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai
Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah
Kompilasi lebih 50 soal jawab persoalan pergigian yang sering menjadi tanda tanya
*****
(SEM & S/S)